Reformasi: Jasa, Pengorbanan Pemandu Teksi Tidak Sesekali Dilupa PM Anwar

IMG_8145

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026.

PUTRAJAYA, 14 Okt – Pengorbanan para pemandu teksi ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menempuh era reformasi tahun 1998 masih dikenang sehingga sekarang.

Ada di antara mereka sanggup mengorbankan kebebasan diri dan keluarga semata-mata mahu kezaliman yang dilakukan terhadap beliau terus menerima sokongan rakyat setelah pemecatan tragis Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

Kisah tersebut dikongsi sendiri Perdana Menteri yang mengimbau kembali detik-detik berkenaan ketika berucap di hadapan lebih 500 pemandu teksi pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di sini hari ini.

Anwar berkata, beliau tidak pernah melupakan jasa pemandu teksi yang disifatkannya antara penyokong paling tegar ketika beliau dan keluarga berdepan penghinaan para pemimpin ketika itu yang mencetuskan gerakan besar-besaran selama 18 hari berturut-turut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

Sokongan golongan itu ketika berdepan tekanan dan ditahan ketika era Reformasi menjadi antara sebab kepada Anwar, menghargai jasa pemandu teksi dengan pemberian khas sebanyak RM1,000 yang disempurnakan hari ini.

“Masa saya susah, kena terajang, kena pukul, masuk lokap, orang ini yang bantu saya. Takkan bila dah jadi Perdana Menteri, orang (pemandu teksi) minta RM1,000 saya nak kata tak boleh?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

“Masa tahun 1998 dahulu, bila saya ditangkap, penyokong saya yang paling tegar itu pemandu teksi. Saya tabik terima kasih banyak,” katanya.

Anwar turut mengimbau kenangan bagaimana seorang pemandu teksi dari Nilai, Negeri Sembilan sanggup menghantar bekalan telur masin ke kediamannya tanpa mengenakan sebarang bayaran.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

“Ada seorang pakcik (pemandu teksi) dari Nilai, Negeri Sembilan. Saya pernah melawat kawasan itu bersama Menteri Besar, dan tengok rumah dia. Saya arah rumah dia dibaiki dengan kos RM3,000.

“Tahu tak ceritanya? Bila saya susah, pak cik itu rupanya dia berniaga telur masin. Dia bawa telur masin dan nak hantar ke rumah saya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

“Pemandu teksi itu saya ingat, saya tak ingat nama dia sekarang. Bila sampai di rumah, dia bagi telur itu kepada isteri (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) saya dan cakap ‘ini saja yang saya boleh mampu bagi sebab Anwar dulu dia tolong baiki rumah saya’.

“Dia tak ambil duit (harga telur masin) dan dia kata ‘ini ikhlas sumbangan saya sebagai rakyat. Jadi saya ada puluhan cerita pasal pemandu teksi,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Majlis Pelancaran Pemberian Bantuan Khas Kewangan kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas bagi zon tengah di Putrajaya pada 14 Oktober 2026. Foto PMO

“Saya kena tangkap, masa itu sebahagian dah masuk penjara, dah kena pukul. Tiap-tiap malam ada perhimpunan di rumah. Mana kita nak mampu nak bagi air, bagi kuih.

“Penjaja-penjaja kecil di Kerinchi di sekitar, bagi kuih. Siapa bawa? Teksi tolong hantar. Siapa bayar? Tak bayar. Teksi tolong hantar kuih ke rumah bagi orang-orang yang kerja dan keluarga makan,” katanya.

No comments: