Cadangan supaya diwujudkan satu "undang undang jerebu rentas sempadan" ni sebenarnya negara singapura dah wujudkan sejak 2014.

 






Saya sebenarnya ok jek dengan cadangan syed sadiq ni.. sekurang kurangnya dia bagi cadangan tak macam pembangkang kita yang hanya pandai kondem tapi satu cadangan yang bernas pun tak boleh nak bagi.

Cadangan supaya diwujudkan satu "undang undang jerebu rentas sempadan" ni sebenarnya negara singapura dah wujudkan sejak 2014.
Maknanya negara kita boleh dakwa dan saman syarikat dinegara tu dan syarikat negara kita yang terlibat dalam menyebabkan kebakaran secara besar besaran diluar negara.
Tapi undang undang di singapura ini sebenarnya gagal apabila tiada satu pun syarikat telah didakwa dibawah akta ni sejak ianya diadakan.
Kenapa gagal?
Penguatkuasaan undang-undang di Indonesia sendiri adalah sangat lemah terutamanya di Kalimantan tu.
Keadaan geografi dan isu pertindihan tuntutan sempadan negara juga menyebabkan kesukaran untuk mengenal pasti pemilik sebenar tanah yang terbakar selain isu tanah yang diteroka secara haram. Jadi nak saman siapa kalau penguatkuasa sendiri pun tak tahu siapa yang bertanggungjawab.
Bantahan kepada negara Indonesia memang kita dah buat.. tapi tulah.. macam mencurah air ke daun keladi jek. Lagi pun semua negara Asean perlu menghormati kepada prinsip non-interference (tidak campur tangan) urusan pentadbiran negara lain.
Kalau kita ambil Pendekatan konfrontasi diplomatik secara terbuka ianya hanya akan merosakkan hubungan dua hala tanpa memberi apa-apa jaminan bahawa Indonesia akan bekerjasama.
Cadangan untuk menyekat pembiayaan tu pulak, Kerajaan Malaysia memerlukan bukti kukuh dan data sahih daripada pihak berkuasa Indonesia bahawa syarikat tertentu memulakan pembakaran.
Jika penguatkuasaan di Indonesia gagal membuktikan kesalahannya, Kerajaan Malaysia tiada asas perundangan yang sah untuk menyekat akaun atau pembiayaan syarikat berkenaan tanpa terdedah kepada saman mahkamah.
Tapi apa pun.. cadangan YB SS ni memang baik.
Baiklah dari kondem je memanjang tanpa bagi apa apa cadangan









No comments: