NTER- MENJANA PELABURAN

 

Rafizi Ramli


Bulan lepas Invest Malaysia KL 2023 Special Series anjuran Bursa Malaysia dengan kerjasama CLSA dan Maybank telah melancarkan Pelan Hala Tuju Peralihan Negara (NETR) Fasa 1 di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur.


Pelancaran NETR bakal memacu ekonomi negara dengan menjana pelaburan melebihi RM25 Billion, mewujudkan lebih 23,000 peluang pekerjaan bernilai tinggi dan mengurangkan 10,000 gigagram pelepasan karbon dioksida setahun.  


Hasil daripada MOU yang telah dimeterai antara UEM Group Berhad, anak Syarikat penuh Khazanah Nasional Berhad, dan ITRAMAS Corportation Sdn. Bhd akan melaksanakan sebuah projek loji janakuasa solar pv hybrid 1 gigawatt bersepadu beserta taman perindustrian TBB yang dianggarkan mempunyai kapasiti terpasang TBB yang terbesar di Asia Tenggara.


Ini juga akan melibatkan pelaburan sejumlah RM6 billion oleh pelabur-pelabur terkemuka antarabangsa untuk dibangunkan. Pelbagai projek berimpak tinggi lain akan dilaksanakan di bawah NETR bagi menjayakan usaha peralihan tenaga, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju peralihan tenaga di Asia Tenggara. 


Malaysia sedar akan kepentingan langkah-langkah proaktif bagi mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil. Oleh itu, Malaysia memilih untuk beralih kepada tenaga boleh baharu (TBB) yang lebih bersih, mudah didapati dan berpatutan.


Kerajaan juga mengumumkan sasaran campuran kapasiti TBB meningkat daripada 40% pada 2035 kepada 75% menjelang 2050. Sehubungan itu, kapasiti TBB akan dipertingkatkan lagi dan larangan import sedia ada bagi pembaharuan telah ditarik balik untuk memudahkan perdagangan merentas sempadan.


 Kerajaan juga sedang membangunkan Strategi Jangka Panjang Pembangunan Rendah Karbon (LT-LEDS) untuk menggariskan dasar dan tindakannya bagi pengurangan GHG dalam sektor ekonomi utama, termasuk tenaga. Ini akan mengukuhkan lagi komitmen Malaysia untuk mengurangkan 45% intensiti karbon berbanding KDNK menjelang 2030.



No comments: