PAS Akan Hapus Hak Istimewa Melayu

 

PAS Akan Hapus Hak Istimewa Melayu Jika Berkuasa - Hadi Awang 1985


✍️ Saiful Nizam


Kita sering kali mendengar laungan PAS yang kononnya memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dan Islam. Namun, adakah kenyataan ini tulus atau sekadar helah politik?


Pada tahun 1985, ketika berdialog dengan masyarakat Cina di Kemaman, Hadi Awang dikatakan telah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS akan menghapuskan hak istimewa Melayu jika berkuasa. Kenyataan ini menimbulkan persoalan besar kerana ia bertentangan dengan prinsip yang sering dilaungkan PAS.


Malah, mantan Ketua PAS Kuala Terengganu, Wan Mutalib Embong, menyokong dakwaan bahawa Hadi mahu menghapuskan hak istimewa Melayu dan menolong kaum Cina menambah hak mereka.


Walau bagaimanapun, Hadi Awang dan PAS telah menafikan dakwaan tersebut. Setiausaha akhbar Hadi, Abdul Malik Ab Razak, menyatakan bahawa kenyataan itu adalah salah lapor dan telah dikitar semula oleh pihak tertentu.


Hadi sendiri menyatakan bahawa beliau tidak pernah membuat kenyataan sedemikian, dan bahawa PAS sentiasa menghormati hak istimewa Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.


Namun, penafian ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.


Jika benar Hadi tidak pernah membuat kenyataan tersebut, mengapa begitu banyak sumber yang menyatakan sebaliknya? Adakah ini satu lagi contoh hipokrasi PAS? Dalam beberapa situasi lain, PAS dan Hadi Awang dilihat sering berubah pendirian mengikut kepentingan politik semasa. 


Ketika bersama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, mereka dilihat lebih lunak terhadap hak kaum bukan Melayu, tetapi kini mereka kembali bersikap ultra Melayu-Islam.


Contoh lain yang menunjukkan sikap hipokrasi PAS adalah tragedi Memali. Pada mulanya, PAS mempertahankan orang-orang kampung yang meninggal dunia sebagai syuhada, tetapi kenapa Hadi Awang membisu apabila Tun Mahathir melabelkan mereka sebagai "mati katak", malah kini Hadi Awang dan Mahathir bekerjasama erat dalam politik serta sanggup melantik Mahathir menjadi penasihat SG4.


Maka, apakah benar PAS memperjuangkan hak istimewa Melayu, atau sekadar menggunakan isu ini untuk meraih sokongan politik? Mengapakah PAS bersekongkol dengan Mahathir yang pernah menghina kaum Melayu sebagai pemalas? Yang dikatakan menyekat peruntukan Kelantan bertahaub-tahun? Adakah prinsip PAS boleh berubah-ubah mengikut keperluan politik?


Kesimpulannya, sebagai rakyat yang rasional, kita harus sentiasa menyoal integriti dan ketulusan pemimpin politik kita.


Adakah mereka benar-benar berjuang untuk kita, atau sekadar bermain wayang demi kuasa? Isu hak istimewa Melayu ini harus diperhalusi dengan minda terbuka dan bukan sekadar menerima apa yang dikatakan oleh pemimpin tanpa soal.


Kebenaran mengenai kenyataan Hadi Awang dan pendirian sebenar PAS perlu diselidik dengan lebih mendalam. Jangan biarkan diri kita tertipu dengan kata-kata manis politikus. Ingatlah, hipokrasi dalam politik bukan perkara baru, dan seringkali, yang menjadi mangsa adalah rakyat.


#RakyatBijak #KekalPerpaduan



No comments: