PADAN MUKA KENA KENCING DENGAN PAS-BARU HANGPA KENAI SIAPA ITU PAS


Pemimpin Umno kecewa Pas sanggup pilih Bersatu untuk menentang Umno dalam PRN Melaka


Pemimpin Umno kecewa Pas sanggup pilih Bersatu untuk menentang Umno dalam PRN Melaka


Veteran UMNO, Tan Sri Mohd Yussof Latiff menyifatkan Pas sebagai parti yang baik ada makna selain lebih mengutamakan keuntungan peribadi daripada persahabatan abadi.

Beliau berkata, tindakan Pas yang meninggalkan UMNO selepas mendapat kawan baharu iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak ubah seperti pantun dua kerat yang berbunyi ikan cencaru ikan gelama, dapat kawan baru tinggal kawan lama.

Menurutnya, Bersatu adalah sebuah parti baharu dan baru sahaja menjadi kawan kepada Pas setelah UMNO membawa parti itu untuk menjadi kawan.

“Malangnya, apabila Pas berkawan dengan Bersatu dan menyertai Pakatan Nasional (PN), mereka meninggalkan UMNO dan melupakan Muafakat Nasional (MN).

“Inikah sikap Pas? Baik ada makna. Mereka lebih mengutamakan keuntungan peribadi daripada persahabatan abadi, begitu mudah mereka lupa pada janji,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Yussof berkata, tangisan kesyukuran dan tangisan kegembiraan umat Islam menyambut kelahiran MN pada tarikh yang penuh sejarah 19 September 2019 hanyalah sia-sia.

Katanya, lebih mengecewakan Pas sanggup memilih Bersatu dan PN untuk menentang UMNO dan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Negeri Melaka tidak lama lagi.

“Pas telah mengisytiharkan untuk mengorbankan lambang pusaka Pas untuk menyarung lambang PN dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri Melaka ini.

“Impian ummah sejak berpuluh tahun untuk melihat Pas dan UMNO bersatu, kini dileburkan Pas sendiri.

“Perbuatan PAS menggadaikan maruah parti itu demi kepentingan jawatan dan kedudukan para pemimpinnya adalah sesuatu yang sangat-sangat menghairankan dan memalukan,”katanya.

Sementara itu, Mohd Yussof berkata, alasan Pas untuk menjadi pihak ketiga yang menyatupadukan UMNO dan Bersatu adalah tidak logik dan tidak relevan lagi.

“Saya mengatakan tidak logik dan tidak relevan kerana Bersatu adalah parti yang ditubuhkan oleh bekas ahli-ahli UMNO dan majoriti ahli Parlimennya adalah ‘katak-katak’ yang melompat daripada UMNO.

“Tambahan pula Bersatu bukanlah parti Melayu 100 peratus kerana Bersatu telah menerima juga ‘katak-katak’ yang lompat daripada PKR,” katanya.

Beliau menyoal adakah UMNO akan membiarkan katak-katak itu untuk terus menyandang kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen mereka setelah mengkhianati UMNO.

Oleh demikian, jelasnya lebih baik Pas fikirkan bagaimana parti itu boleh bersatu semula dengan Parti Amanah Negara daripada memujuk UMNO supaya menerima pengkhianat UMNO.

No comments: