Mat Zulaimi Kazim.
Hebat BERSATU... tak perlu lg bincang dgn PH. Betul la tiada keperluan itu hak PM tp apa salahnya bincang dulu dan jadikan ianya satu tradisi.
Apa2 pun sblm menang dulu dibincang dan diputus bersama. Kerusi pun diputuskan PPBM bertanding byk tp menang sikit. Namun parti komponen masih berpegang pd apa yg diputuskan termasuk perlantikan MB Perak, Kedah dan Johor. Di Perak PPBM hanya menang 1 kerusi namun tetap diberi hak jd MB.
Jagalah adab berkawan, janganlah over sangat. Jangan buat mcm perlantikan KP SPRM langsung tak dibincangkan dengan sesiapapun dan mengguriskan hati kawan.
Kalau inilah caranya, yakinlah hubungan akan menjadi lebih buruk dlm menghadapi PRU15. Bila disertakan secara rasmi dan bertulis sikap PPBM ini, saya kira PPBM mewarisi perangai UMNO yg merasakan mereka memiliki kuasa mutlak spt dlm BN dan menafikan peranan parti2 lain dlm membawa kemenangan bersejarah pd PRU14.
Janganlah ambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Kawan kita bersikap jujur dan ikhlas tak pernah khianat dgn apa yg diputuskan bersama, buanglah perangai lama dalam UMNO dulu itu tidak baik untuk PH.
Mohon Anwar dan Lim Kit Siang sbg pemimpin senior dlm PH membuat teguran, sdh lama sgt terlalu memberi muka sdgkan dia tak pandang pun muka kita.