JANGAN JADI LUNCAI
“Pun begitu, politikus rakus dan tersepit terus berkelakuan buruk lagi tidak berakhlak, menyimpang moral dan etika. Diadu domba fitnah dan menipu rakyat dengan propaganda ‘kerajaan pintu belakang’, kata Ketua Pemuda PAS itu.
Agaknya Ketua Pemuda PAS tak pernah belajar sains politik atau teori demokrasi. Tidak ada sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi mengiktiraf kudeta.
APA ADA PADA KERJASAMA PAS-UMNO-BERSATU?
Sebelum dia hendak berikan saranan itu, dia kena faham apa masalahnya. Kalau dia tak tau apa masalahnya apa pun dia cakap tidak akan membawa apa-apa kejayaan,” ujarnya.
Tajuddin juga memberi amaran kepada PAS supaya tidak menyokong BERSATU untuk menentang UMNO.
DOA RAKYAT UNTUK KERAJAAN YANG PENIPU.SAMPAI WAKTU, PASTI DIMAKBULKAN.
Tidak di berkati oleh tuhan sekalian alam akan kerajaan haram yang
menzalimi rakyatnya sendiri.Tidak di akui oleh Negara-negara luar akan kabinet
yang tiada bukti majoriti sejak angkat sumpah lagi.Doa 33 juta marhen yang
teraniaya di zalimi di makbulkan ALLAH SWT.Kerajaan tebuk atap amalkan
1.Rasuah dan salah guna kuasa? YA
2.Undang-undang dua darjat? YA
3.Sembang kencang auta dan propa? YA
4.Boros berbelanja dan tidak reti meningkatkan hasil negara? YA
5.Tiada halatuju jelas dan konsisten? YA
6.Matlamat menghalalkan cara demi mengekalkan kuasa? YA
7.Pura2 prihatin bila nak pilihanraya tapi berlagak bila dah
berkuasa? YA
8.Melayan rakyat seperti kuli batak,hamba abdi moden? YA
9.Memperbodoh dan menidakkan hak marhen? YA
10.Melacurkan demokrasi berparlimen dan Perlembagaan Negara? YA
Kesimpulannya pengundi-pengundi wajar menghukum mereka semua kerana kegagalan
tebuk atap adelah kegagalan bersame semua
menteri-menteri,timbalan-timbalan
menteri dari wakil-wakil
ahli-ahli parlimen MP BN
UMNO,PAS,PPBM dan GPS dalam kerajaan.BN UMNO tak boleh cuci tangan,PAS tak
boleh kate,GPS tak boleh sembang PPBM ja yang bersalah.Hakikatnya mereka semua
terlibat bersubahat buat onar sesuka hati secare berkumpulan.PRU15 kasi campak
keluar calon-calon BN UMNO,PAS,PPBM,GPS
dari peti undi di semua 222 parlimen biar dia mereput jadi pembangkang
ramai-ramai supaya tak boleh lompat lagi
ke mana-mana gabungan.
TIDAK JEMUKAH KHALID SAMAD DENGAN SANDIWARA MAHATHIR?
Saya petik kenyataan YB Khalid Samad. Di dalam tulisannya, dia
kata Anwar masih gagal jadi PM kerana di kalangan MP Umno yang mahu sokong
Anwar tidak berani nyatakan secara terbuka.
Betul, aku setuju. Sokongan secara terbuka di hadapan rejim
perasuah dan pengugut adalah satu tindakan bodoh. Adalah lebih baik sokongan
itu dizahirkan disaat berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Masalahnya,
mengapa Parlimen tidak boleh bersidang? Tentu ada sebab yang dibimbangi. Yang
pasti bukan kerana Covid sangat pun.
Satu lagi jalan adalah melalui SD ke Istana. Anwar telah pun
menghantar surat ke Istana untuk mohon mengadap Agong. Bijaknya Anwar, dia
tidak beri senarai nama kepada Istana untuk keselamatan MP2 berkenaan sehingga
Agong sendiri dapat memanggil semua MP untuk pengesahan. Kita semua tahu proses
itu tergendala. Anwar menghantar lagi surat ke Istana untuk memohon mengadap
bersama SD-SD yang beliau ada, namun masih terbantut.
Berbagai usaha telah dilakukan. Anwar tidak memilih untuk
meminta sesiapa yang menyokongnya untuk membuat kenyataan terbuka kerana Anwar
tahu beliau sedang berhadapan dengan siapa. Sekarang pun mereka sibuk berjual
beli MP dan ugut mengugut. Bodohlah sesiapa yang buat pengakuan terbuka sokong
Anwar. Mahathir juga di antara yang paling berminat mahu tahu siapa yang sokong
Anwar.
Anwar tidak kisah pun sesiapa yang tolak atau sokong beliau.
Tiada jual beli maruah dan jawatan ditawarkan oleh Anwar. Sebab itu tidak pelik
beliau masih gagal untuk jadi PM di kala Muhyiddin amat lemah. Anwar bukan
kemaruk mahu jadi PM sehingga sanggup jual prinsip. Sesiapa saja boleh sokong
beliau asalkan sanggup terima reform.
Sekali lagi YB Khalid sebut nama Mahathir untuk dibawa masuk
lagi dalam PH. Sori...kami akan tentukan keparat tua itu tidak berada dalam PH.
Cukuplah dia khianat sekali. Masih tidak puas lagikah Khalid melihat Anwar
dikhianati oleh si tua kutuk ini? Khalid tak jemukah menonton sandiwara pelakun
munafik ini?
WFAUZDIN NS
KERJA BODOH NAK JUGA ANGKUT SAKA TUA TU
Adakah kerja Lid Jambang ni nak PERGUNAKAN DSAI dan MP2 PKR utk
angkat SETAN Tua?? Dah lama terbukti pengkhianatan SETAN Tua tu tapi Lid
Jambang "got no balls to admit"? Why? Takde kemaluan sungguh, rakyat
dan penyokong memerhati.
So FICKLE : PENGKHIANATAN YG TIDAK MAHU DIAKUI - https://www.youtube.com/watch?v=bO8csiEMli8&t=23s
Hijrah KEADILAN demi rampas kembali kerusi Parlimen Batu Pahat
ADUN Senggarang, Khairuddin A. Rahim menganggap keputusannya untuk
menyertai KEADILAN dari Amanah sebagai satu 'hijrah' demi kemenangan yang lebih
besar buat Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Beliau mengakui, akan ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati
dengan tindakannya.
"Pada dasarnya, apa yang saya lakukan adalah hijrah. Ini
bukan keputusan yang mudah, tetapi saya berharap orang ramai dapat menerimanya
kerana saya melakukannya untuk rakyat dan negara," katanya.
Bagaimanapun, Khairuddin berkata beliau telah pun menjelaskan
keputusannya untuk meninggalkan Amanah kepada timbalan presiden parti itu,
Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Malah, beliau menegaskan bahawa tindakannya itu tidak sama seperti
Ahli Parlimen Julau, Larry Sng dan Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong.
"Saya masih setia kepada Pakatan Harapan dan saya tidak
menganggap tindakan saya sebagai satu pengkhianatan.
"Saya juga tidak mempunyai masalah dengan bekas rakan sekerja
Amanah dan saya percaya bahawa kita masih boleh bekerjasama dalam kapasiti baru
saya," katanya.
Salah satu faktor Khairuddin membuat keputusan untuk menyertai
KEADILAN adalah menjadi calon Ahli Parlimen, memandangkan kerusi Senggarang
yang disandangnya terletak di bawah kerusi Parlimen Batu Pahat.
Beliau melihatnya sebagai satu peluang untuk membantu KEADILAN
merampas semula kerusi itu, setelah penyandangnya, Rashid Hasnon berpaling
tadah apabila menjadi antara individu yang menjayakan Langkah Sheraton dan kini
merupakan ahli Bersatu dan sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional
(PN).
"Saya merasakan bahawa ini adalah masa yang tepat untuk saya
menyertai KEADILAN dan pada masa yang sama bekerja keras untuk merampas semula
Batu Pahat untuk PH sekiranya diadakan pilihan raya umum akan datang,"
katanya.
Parlimen Batu Pahat dijangka menjadi salah satu kerusi yang akan
menyaksikan berlaku pertandingan tiga penjuru antara Umno, Bersatu dan PH.
LIHATLAH PERANGAI BUDAK BUDAK AZMIN ALI ? BEGINIKAH MENGHINA WANITA?
NAFSIAH KHAMIS MAHARAN
Lihatlah kebodohan Page budak-budak AZMIN ALI !!!
Memang Bodoh itu percuma tapi jangan borong semua . Bodoh
dan BIADAP !!
Menghina wanita di HARI WANITA !!
Kebodohan mereka yang tidak tau betapa pentingnya tuala wanita
untuk kaum wanita, di media elektronik atau sosial sentiasa iklankan produk ini
supaya wanita jelas tentang menjaga kebersihan dengan baik.
PADMAN... pernah dengar tentang bagaimana seorang lelaki di
India berusaha mencipta Pad untuk isterinya ?. Saya berikan sedikit kisah
tentangnya.
Arunachalam Muruganantham yang bermula dengan usaha untuk
isterinya tidak menggunakan kain yang sama dan kotor berulang kali apabila
tibanya waktu haid. Akibat dari harga tuala wanita yang terlalu mahal beliau
nekad untuk menciptanya sendiri dengan kos yang lebih murah.
Beliau menetap di Coimbatore, Tamil Nadu, yang terletak di
selatan India dan merupakan sebuah kawasan pedalaman.
Arunachalam Muruganantham membuat revolusi di sana dengan
mencipta mesin untuk mencipta tuala wanita dan boleh dijual kepada semua wanita
dengan kos serendah 2 rupee sahaja berbanding harga pasaran 53 rupee untuk satu
paket tuala wanita yang mempunyai lebih kurang empat ke lima helai tuala.
Selebihnya anda boleh google di internet. Kisah beliau
diabdatasikan di dalam filem PADMAN.
Menjadi seorang lelaki anda perlu hidup dengan wanita yang akan
menghadapi haid setiap bulan. Itu realiti samada beliau adalah emak, kakak,
adik perempuan atau isteri.
dari fb beliau (jgn bg tau dia) , ini contoh yang baik. .
Menghargai wanita bukan dengan hanya memberi bunga semata2 tapi hargai juga apa
yang mereka perlukan untuk seumur hidup mereka.
Untuk Azmin dan budak2 nya.. jangan jadi pengecut.. meh pm
hakak... kita berdebat..
Tapi orang selalu kata jangan berdebat dengan orang yang bodoh
kerana hanya merugikan masa kita .
29 POSTING SEHINGGA KINI. LAGI BERITA MENYUSUL.
SILA TEKAN > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL PAGI
SILA JAGA SOP...INI CONTOH KENA RM 10K
Kempen #tamatdarurat sebahagian dari gerakan besar tolak darurat - Tian Chua
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, #tolakdarurat yang dilancarkan hari ini bukan
satu-satunya organisasi membantah perisytiharan darurat di Malaysia.
Menurutnya terdapat banyak NGO dan parti politik lain yang telah
menolak proklamasi itu sejak diisytiharkan pada 11 Januari lalu dan
Jawatankuasa Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat adalah sebahagian
daripada gerakan massa tersebut.
"Jawatankuasa ini bukan organisasi tunggal berkempen
(tamatkan darurat). Sebahagian besar (juga) diusahakan NGO lain dan ahli
politik yang lain. Mereka ada inisiatif masing-masing
"Website ini akan menjadi pemudahcara untuk bawa
berita kepada rakyat. Pada masa sama kami menganggap kami adalah sebahagian
daripada reaksi yang jauh lebih besar mewakili keseluruhan hasrat masyarakat
yang menentang darurat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Tamu,
pagi tadi.
Jawatankuasa tolak darurat dalam majlis itu telah melancarkan laman
web untuk rakyat menurunkan tandatangan melalui #tamatdarurat.com
secara online bagi memudahkan urusan pengumpulan ketika situasi Covid 19
yang menghadkan pergerakan.
APA STANDARD PAS SAMPAI UMNO NAK KENA PUJUK
Apa standard Pas sampai Umno nak kena pujuk
Kerjasama dengan PAS Hadi apa ada kelas.
PAS Hadi kuat setakat Kelantan saja.
Negeri2 lain PAS sendiri pon tak lepas.
PAS menang di terengganu kerana nasib, ketika rakyat tolak Umno seketika.
Tahun 1999 PAS pernah jadi MB Terengganu sepenggal kerana penolakan rakyat kepada Umno seketika.
PRU 2004, PAS kalah semula di Terengganu.
REFORMIS SOSIALIS AKHIRNYA JADI OPORTUNIS
Reformis sosialis akhirnya jadi oportunis
Oleh: Pentadbir
Kalau kita perhatikan dalam Politik ini.. Jika seseorang terlalu Idealis,Akhirnya mereka akan jadi Oppurtunis.. Bayangkan org seperti Wan Saiful.. Wan Ahmad Fayshal yang sailang Bosnya sendiri Syed Saddiq.. Sebelum PRU 14.. Mereka lah kelompok kononnya menyeru agar rakyat melakukan Undi Rosak.. Hanya sebab apa, Sebab menolak Mahathir..
Begitu juga kelompok Sosialis dan Idealis seperti Chegu Bard.. Seperti Hishamuddin Rais.. Satu ketika terlalu keras kepada UMNO.. Akhirnya menjadi alat kelompok Pengkhianat, suruhan Najib… Inilah geng yang sembang perjuangan adalah perlaksanaan Kata kata..
Begitu juga Haji Hadi dengan Slogan Islam.. apalagi hat menjunjung Slogan Islah atau Reform.. akhirnya kelompok ini yang bersama UMNO.. Hanya sebab kedudukan dan jawatan..
Wan Saiful yang sebelumnya terlalu idealis nak hapuskan hutang PTPTN..Akhirnya dia jadi penghalang perlaksanaan manifesto PH untuk kecualikan PTPTN bagi mereka berpendapatan 4 ribu kebawah..
Itu sebab kalau kita lihat, Politik ini kena ada kelompok pertengahan, Wasathi.. Tidak terlalu keras… Tidak terlalu idealis.. Politik ini berpijak diatas Realitiy, ada Fiqh dia.. 🙂
Ipohmali
KERAJAAN PN JANGAN DOLAK DALIK HAK MENGUNDI 18 TAHUN
Kerajaan PN jangan dolak dalik hak mengundi 18 tahun
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim baru-baru ini bahawa penguatkuasaan membenarkan rakyat berumur 18 tahun mengundi mulai Julai ini tidak dapat diteruskan mengecewakan banyak pihak.
Menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Jestin Raj Savarimuthu, kenyataan Rais itu boleh dianggap mencabul hak pengundi 18 tahun kerana Dewan Rakyat sudah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019, sejak sekian lama.
Katanya, kelulusan pindaan terhadap Undi 18 tahun adalah satu kejayaan bi-partisan kerana belum pernah ada pindaan Perlembagaan yang mendapat sokongan sebulat suara, pemerintah dan pembangkang sebelum ini.
“Pindaan ini membuka peluang kepada anak muda untuk terlibat secara langsung dalam menentukan dasar pembangunan negara serta merancakkan demokrasi negara.
“Keputusan ini pada saya mencabul hak pengundi 18 tahun akibat kemelut politik yang sedang melanda negara. Anak muda harus diasah dan diberi kesedaran awal berkenaan politik agar mereka tidak mudah dipergunakan oleh kelompok-kelompok tertentu.
“Ibubapa dan para pendidik harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak muda bagi bersiap siaga menjadi pelapis negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut Ketua AMK Cabang Kota Raja itu lagi, berdasarkan kelulusan pindaan Perlembagaan Persekutuan di Dewan Rakyat, seramai 7.8 juta pengundi baharu dijangka akan dimasukkan ke dalam Daftar Pemilih secara automatik sehingga tahun 2023.
Pelaksanaan ini memerlukan perancangan komprehensif yang menuntut komitmen pelbagai agensi kerajaan, swasta, parti politik dan badan bukan kerajaan, selain tanggungjawab khusus Suruhan Pilihan Raya (SPR) dan juga Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Oleh itu selepas persiapan sekian lama, kata Jestin, tidak wajar pelaksanaan undi 18 tahun ditangguhkan lagi.
“Jika kita lihat di rantau Asia, Malaysia antara beberapa negara terakhir yang menurunkan had umur mengundi kepada rakyat. Ini merupakan satu pembaharuan besar dalam konteks sejarah negara.
“Antara negara yang lebih awal memberikan hak mengundi kepada anak muda adalah Amerika Syarikat, Jerman, Argentina, Brazil dan jiran serumpun kita Indonesia.
“Namun khabar angin yang menyatakan penurunan had umur mengundi ini telah dilakukan secara tergesa-gesa dan bermotifkan politik adalah tidak masuk akal.
“Boleh kita lihat di era digitalisasi ramai anak muda yang telah mula membicarakan tentang hala tuju negara, antaranya kumpulan mahasiswa dan pelajar sekolah menengah. Mereka ini memperoleh maklumat dihujung jari dengan kadar masa yang cukup singkat. Kerajaan harus menunjukkan keberanian dalam melakukan perubahan (membenarkan undi 18 tahun),” katanya lagi.
Sehubungan itu, Jestin mendesak kerajaan Perikatan Nasional tidak berdolak dalik mengenai penguatkuasaan pengundi 18 tahun dalam waktu terdekat.
Lebih-lebih lagi negara akan menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak pada tahun ini dan kemungkinan Pilihan Raya Umum juga pada tahun yang sama.
AHLI POLITIK, NGO LANCAR KEMPEN #TOLAKDARURAT
Ahli politik, NGO lancar kempen #tolakdarurat
Oleh: Redzuan RF8 Media
Kempen rayuan rakyat kepada Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan segera pemerintahan darurat dilancar hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Deklarasi Merayu Penamatan Proklamasi Darurat, Ir Khalid Samad melancarkan kempen berkenaan di Hotel Tamu, Kampung Bharu, Kuala Lumpur pagi tadi.
Menurut Khalid, jawatankuasa tersebut tidak bersifat politik dan lebih kepada penglibatan rakyat prihatin menolak darurat, biar pun dipengerusikan oleh ahli politik.
“Saya perlu jelaskan jawatankuasa ini bukan bersifat politik, bukan atas nama Pakatan Harapan atau mana-mana parti politik, tetapi atas inisiatif individu yang menganggap kempen untuk menamatkan darurat ini perlu dilakukan dengan lebih berkesan dan sempurna dengan melibatkan rakyat.
“Walaupun ada ahli politik dalam jawatan kuasanya tetapi kita bertindak sebagai individu dan ada ahli-ahli NGO serta masyarakat awam (dalam jawatankuasa),” katanya.
Menurut Khalid lagi, kempen itu dilancar memandangkan proklamasi darurat didakwa tidak sepenuhnya digunakan melawan pandemik Covid 19 tetapi juga untuk tujuan lain.
“Kita berpandangan perlu untuk digiat dan dirancakkan lagi kempen merayu Agong, supaya darurat ini ditamatkan kerana implikasinya cukup serius. Baru-baru ini kita lihat digazetkan undang-undang Anti Berita Palsu tanpa perbahasan di Parlimen.
“Orang kata apa masalahnya ada darurat, (kehidupan) macam biasa sahaja. Tetapi hakikatnya, dengan adanya darurat undang-undang boleh diluluskan tanpa perbahasan di Parlimen dan undang-undang Anti Berita Palsu ini mempunyai implikasi cukup serius.
“Oleh itu, jawatankuasa ini ditubuh untuk merayu Agong supaya perisytiharan darurat ditamatkan. Satu petisyen telah dilakukan dan usaha mengumpul tandatangan telah dibuat. Setakat ini kita telah memperolehi beberapa ratus tandatangan dari individu dan 100 lebih NGO,” katanya.
Tambah Ahli Parlimen Shah Alam itu, bagi memudahkan rakyat untuk menurunkan tandatangan maka sebuah laman web telah disiapkan.
Katanya, rakyat prihatin boleh melayari laman web berkenaan bagi menandatangani kempen atau mengetahui status terkini kempen rayuan tolak tersebut.
“Hari ini kita lancarkan laman web. Adalah hasrat jawatankuasa ini mengumpulkan sebanyak mana tandatangan yang boleh dan menyerahkannya kepada Agong sebelum Ramadan ini.
“Sebagai payung negara Yang di-Pertuan Agong perlu dimaklumkan akan bantahan rakyat jelata serta tindakan PM dalam soal ini
“Saya bersama seluruh AJK penamatan proklamasi darurat merayu setiap rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen ini melalui web kami, #tamatdarurat.com
“Tidak perlu khuatir terhadap keselamatan diri dan tindak balas dari mana-mana pihak kerana kita hanya menyuarakan pandangan mengikut hak dan lunas undang-undang,” katanya lagi.
Pada majlis itu juga Khalid melakukan gimik menurunkan tandatangan di laman web #tamatdarurat.com.
Selain menurunkan tandatangan, beliau juga menunjukkan antara muka laman web berkenaan dan ruangan untuk pungutan derma bagi kempen itu.
Katanya, jawatankuasa memerlukan lebih RM100,000 untuk menganjurkan kempen, mencetak risalah dan sebagainya dalam beberapa bulan akan datang.
KALAU BUKAN PELACUR, BERANIKAH PAS PILIH ANTARA UMNO ATAU BERSATU ?
Ramai penyokong Pas, sama ada daripada mereka yang menjadi ahlinya atau tidak, terlihat cukup kurang senang dengan kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah yang menyifatkan parti tersebut seperti pelacur.
Beliau yang lebih mesra dengan Ku Li melabelkan demikian khususnya berdasarkan pengalamannya bersama dengan Pas ketika memimpin Parti Semangat 46 pada tahun 80-an sebelum ini.
Kata beliau, isu PAS mengganggu UMNO bukanlah suatu perkara baru.
“Dah lama kita lawan PAS. Bukan baru semalam, tapi sejak 1951, PAS mengacau UMNO sejak itu sampailah sekarang.
“Dalam PRK Tanjung Piai, ketika mereka dah bersama dengan kita dalam MN, PAS tidak mengundi kita. Mereka ada 3,000 ahli di situ, tapi tidak sampai 1,000 yang undi kita.
“Mereka bukan rakan kongsi yang jujur. Begitu juga di Semenyih.
“PAS macam pelacur, sekejap (sokong) DAP, sekejap Semangat 46,” hurainya dengan panjang lebar antara pengalaman dulunya bersama Pas dan realiti parti itu sekarang ini.
Sehubungan itu, tegas Ku Li, Pas bukanlah parti yang boleh dipercayai dan UMNO mesti melawan parti tersebut dalam PRU15 akan datang nanti.
Sejujurnya, apa yang diperkatakan Ku Li mengenai watak Pas ini bukanlah sesuatu yang baru atau pelik kerana sejak dulu itulah tingkah laku yang dipamerkannya kepada kita semua.
Dengan parti-parti utama di negara ini, hampir semuanya Pas pernah ‘berkahwin’ dengan kemudian ‘bercerai’ dengan mereka.
Setiap kali mahu ‘bersama’ dan ‘berpisah’ selepas itu dengan kesemua parti tersebut, Pas sentiasa ada dalil-dalil agama yang dipetik daripada pelbagai sejarah Islam untuk menghalalkan tindakannya.
Disertai dengan sikap penyokongnya yang memang ditarbiah untuk wala’ kepada parti dan pemimpin dalam semua perkara sehingga kadang-kadang akal fikiran rasional diletak ke tepi, ke mana pun hala tuju pilihan Pas, ia sentiasa disambut, disokong serta diterima dengan baik.
Dalam hubungannya dengan UMNO yang terjalin melalui Muafakat Nasional sejak kedua-duanya tewas pada PRU14 2018 lalu, hubungan mereka mula bermasalah bila Pas memilih untuk menyertai PN sebagai anggota rasmi.
Sejak itu, Pas sering ditanggapi sebagai parti ‘main dua kolam’ oleh pemimpin dan penyokong UMNO.
Demi manfaat dunia yang sayang dilepaskannya, tindakan Pas berkubang di kolam UMNO dan Bersatu dalam waktu yang sama amat tidak disenangi oleh UMNO lantaran ia nyata merugikan parti tersebut berbanding Bersatu.
Meski sudah ‘bertunang’ dengan UMNO dalam MN, lantaran mahu mengambil hati Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana memberi banyak kedudukan serta jawatan dalam kerajaan dan ingin mengekalkan nikmat duniawi, Pas sanggup ‘berkahwin’ dengan menjadi anggota rasmi gabungan PN tanpa memutuskan pertunangannya dengan UMNO.
Mungkin Pas banyak terpengaruh dengan sistem perkahwinan dalam Islam yang membenarkan poligami sehingga empat isteri, maka itulah barangkali sebabnya Pas memilih mahu bersama UMNO dan Bersatu pada waktu yang sama.
Tetapi, Pas mesti sedar, poligami tidak pernah dibenarkan dalam dunia politik dan sesebuah parti mesti berani membuat pilihan yang satu antara dua yang dicintai.
Kalau mahu bersama UMNO, pilihlah hanya bersama UMNO dan MN, manakala jika mahu bersama Bersatu, maka pilihan hanyalah bersama parti tersebut serta PN saja.
Tidak boleh dan tidak beretika, jika Pas memilih mahu bersama UMNO dan MN serta diwaktu yang sama ingin pula bersama Bersatu dan PN, walhal sudah jelas UMNO telah membuat ketetapan memutuskan hubungannya dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.
Selagi Pas tidak berani membuat pilihan yang satu antara UMNO dan Bersatu, label seperti main dua kolam, pelacur dan sebagainya akan terus menghinggapi mereka.
Maka, janganlah Pas marah kepada sesiapa yang melabel apa pun gelaran kepada mereka kerana dalam poligami, bohong sikit-sikit dengan semua isteri mungkin amalan biasa, tetapi kejujuran adalah teras hakiki dalam perkongsian untuk politik dan kuasa.
Soalnya, beranikah Pas?
(Shahbudindotcom 12/03/2021)
PEGUAM KRITIK MUFTI PERLIS
Terkini! Peguam kritik Mufti Perlis
March 12, 2021
MUFTI
Pada 2018, Mufti Perlis pernah mencadangkan agar dikawal gelaran ustaz dan ulama kerana dibimbangi menyebabkan masyarakat akan terkeliru dan menyangka fakta yang salah itu benar kerana gelaran berkenaan.
“Saya rasa perkataan yang paling bahaya digunakan ialah ulama. Ini seperti tokoh ulama, dewan ulama, majlis ulama, syura ulama dan seumpamanya.
“Tokoh besar dunia pun takut untuk memanggil diri mereka ulama. Di Malaysia, dengan mudah wujud istilah ini. Jika memang ada latar ilmu yang memadai, maka tidak mengapalah digunakan. Bimbang sebaliknya,” kata Mufti Perlis itu.
Saya menyokong penuh cadangan beliau itu tanpa bahas. Tetapi saya rasa, selain ustaz dan ulama, beliau sewajarnya menyebut juga mengenai mufti.
Mufti mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Islam. Ia boleh merujuk kepada gelaran yang diberikan kepada ulama yang sudah mencapai tahap seorang faqih seperti yang diberikan kepada Maulana Taqi Uthmani dan ulama-ulama besar di benua India. Ia juga boleh merujuk kepada suatu jawatan dan institusi yang dibentuk oleh kerajaan seperti di Malaysia dan kebanyakkan negara umat Islam.
Bukan semua ulama layak menjadi mufti. Hanya mereka yang telah menguasai dan memahami dalil-dalil hukum dan berbagai disiplin ilmu Islam seperti Quran, Hadis, fiqh dan ilmu-ilmu alat termasuk bahasa arab, mantiq, balaghah dan sebagainya layak untuk diangkat menjadi mufti.
Imam Syafi’i pernah berkata, “Tidak boleh seseorang berfatwa kecuali dia mengetahui kitabullah, nasikh dan mansukhnya, muhkam dan mutasyabihnya, takwil dan tanzilnya, makkiyah dan madaniyahnya, sebab turun ayat, hadis rasulullah, bahasa arab, perbezaan pendapat para ulama….” (Rujuk: Khatib Al-Baghdadi, Al-Faqih wal Mutafaqqih)
Imam Ahmad pula pernah berkata, “Tidak sepatutnya seseorang meletakkan dirinya pada jawatan mufti sehingga dia memenuhi 5 kriteria:- (1) Memiliki niat yang baik. Jika tidak, maka tidak ada cahaya pada diri dan ucapannya. (2) Memiliki sifat sopan, berwibawa dan memiliki pembawaan yang tenang. (3) Bersikap tegas dalam menangani masalah yang dirujuk kepadanya. (4) Mempunyai keperluan material yang mencukupi dan (5) Bersikap mesra dengan masyarakat. (Rujuk: Ibnul Qayyim, I’lamul Muwaqqi’in)
Maknanya, menguasai ilmu pengetahuan saja tidak mencukupi. Seorang mufti mesti memiliki akhlak yang baik disamping penguasaan ilmu yang luas. Imam Hasan Al-Basri pernah berkata, “Apakah kamu mengetahui apa itu al-Faqih? Al-Faqih ialah seorang yg warak dan zuhud, yang tidak meremehkan orang di bawahnya dan tidak mencacatkan orang di atasnya serta tidak menjadikan ilmu sebagai barang dunia yang tidak berguna” (Rujuk: Khatib al-Baghdadi, al-Faqih wal Mutafaqqih)
Memahami kedudukannya yang tinggi, seorang mufti tidak sewajarnya menyibukkan dirinya dalam perdebatan yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat samada yang berkait dengan persoalan agama ataupun tidak.
Ketika Syeikh Yusuf al-Qaradhawi sedang mengajar di dalam masjid, ada orang bertanya kepada beliau nama kakak Nabi Musa yang disebut dalam al-Quran. Syeikh al-Qaradhawi lalu menjawab, “Kenapa kamu sibuk nak tahu namanya? Kamu nak meminang dia ke? Letaklah namanya Maryam atau Zulaiha atau Maria sekalipun, apakah nama tersebut bermanfaat kepada kamu? Allah tidak sebut nama kakak Nabi Musa dalam Quran, Nabi Muhammad S.A.W juga tidak jelaskan siapa nama dia, mengapa kita pula menyusahkan diri dalam hal yang Allah telah hindarkan kita darinya dan tidak bermanfaat bagi kita supaya kita berehat tanpa memikirkannya?” (Rujuk: Yusuf al-Qaradhawi, al-Fatwa Bainal Indhibat wat Tasayyub)
Apatah lagi yang berkait dengan pertemuan seorang ulama dari India dengan seorang bekas menteri agama, maka tidak selayaknya seorang mufti mencampuri urusan dan perdebatan tersebut kerana jelas ia tidak memberi apa-apa manfaat sedikit pun kepada ummah dan masyarakat.
Wallahu a’lam
#kitajagakita
Mohd Fitri Asmuni
Peguam
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/473481/kawal-gelaran-ustaz-ulama-mufti-perlis