Saya petik kenyataan YB Khalid Samad. Di dalam tulisannya, dia
kata Anwar masih gagal jadi PM kerana di kalangan MP Umno yang mahu sokong
Anwar tidak berani nyatakan secara terbuka.
Betul, aku setuju. Sokongan secara terbuka di hadapan rejim
perasuah dan pengugut adalah satu tindakan bodoh. Adalah lebih baik sokongan
itu dizahirkan disaat berlakunya undi tidak percaya di Parlimen. Masalahnya,
mengapa Parlimen tidak boleh bersidang? Tentu ada sebab yang dibimbangi. Yang
pasti bukan kerana Covid sangat pun.
Satu lagi jalan adalah melalui SD ke Istana. Anwar telah pun
menghantar surat ke Istana untuk mohon mengadap Agong. Bijaknya Anwar, dia
tidak beri senarai nama kepada Istana untuk keselamatan MP2 berkenaan sehingga
Agong sendiri dapat memanggil semua MP untuk pengesahan. Kita semua tahu proses
itu tergendala. Anwar menghantar lagi surat ke Istana untuk memohon mengadap
bersama SD-SD yang beliau ada, namun masih terbantut.
Berbagai usaha telah dilakukan. Anwar tidak memilih untuk
meminta sesiapa yang menyokongnya untuk membuat kenyataan terbuka kerana Anwar
tahu beliau sedang berhadapan dengan siapa. Sekarang pun mereka sibuk berjual
beli MP dan ugut mengugut. Bodohlah sesiapa yang buat pengakuan terbuka sokong
Anwar. Mahathir juga di antara yang paling berminat mahu tahu siapa yang sokong
Anwar.
Anwar tidak kisah pun sesiapa yang tolak atau sokong beliau.
Tiada jual beli maruah dan jawatan ditawarkan oleh Anwar. Sebab itu tidak pelik
beliau masih gagal untuk jadi PM di kala Muhyiddin amat lemah. Anwar bukan
kemaruk mahu jadi PM sehingga sanggup jual prinsip. Sesiapa saja boleh sokong
beliau asalkan sanggup terima reform.
Sekali lagi YB Khalid sebut nama Mahathir untuk dibawa masuk
lagi dalam PH. Sori...kami akan tentukan keparat tua itu tidak berada dalam PH.
Cukuplah dia khianat sekali. Masih tidak puas lagikah Khalid melihat Anwar
dikhianati oleh si tua kutuk ini? Khalid tak jemukah menonton sandiwara pelakun
munafik ini?
WFAUZDIN NS