ADUN Senggarang, Ir Khairuddin
A Rahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan peruntukan di bawah
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membina rangkaian paip rumah
ke rumah di beberapa buah kampung.
Hal
itu ditimbulkan beliau ketika meninjau nasib penduduk kampung di DUN Senggarang
yang terpaksa menggunakan air bukit kerana tiada bekalan air bersih ke rumah
mereka.
"Sudah
tiba masanya kerajaan menyediakan sebahagian peruntukan untuk membina paip
saluran air di seluruh tempat di negeri Johor dengan sempurna
"Masalah
ini bukan sahaja berlaku di tempat saya sahaja di Senggarang tetapi berlaku di
seluruh negeri Johor
"Masalah
ini bukan di bawah tanggungjawab SAJ Ranhill (syarikat air negeri) tetapi
tanggungjawab KPLB.
"Jika
KPLB boleh membina jalan dan lorong di kawasan pendalaman, kenapa tidak boleh
mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membina fasiliti paip air rangkaian bagi
kegunaan penduduk di luar bandar," katanya dipetik.