LEE KHAI LOON
Hati amat sedih apabila saya bersama YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 turun melawat mangsa banjir di
Kg Machang Bubok dan Kg Bukit Teh sehingga jam 1 pagi.
Kami telah sediakan 200 burger, 400 pek nasi goreng dan mee
goreng untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir. Terima kasih kepada bomba,
polis, JKM, Pejabat Daerah Tanah SPT, MPKK dan sukarelawan yang turun untuk
membantu serta mengedarkan makanan kepada mangsa banjir.
Musibah banjir merupakan ujian kepada kita semua. Namun kerajaan
sendiri perlu memberikan perhatian serius serta mengambil langkah pencegahan
yang berkesan. Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan PH telah memperuntukkan RM10
juta untuk membuat kajian tebatan banjir di kawasan Machang Bubok dan Kulim
Bandar Baharu di sebelah Kedah. Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan
meneruskan projek ini agar masalah banjir di kawasan Machang Bubuk dapat
ditangani dengan baik.
Semoga semua keluarga yang terkesan tabah berdepan dengan ujian
musibah banjir ini.