HAMDAN TAHA
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan semua
masjid dan surau di Perak supaya mengadakan solat hajat dengan membaca qunut
nazilah selepas menunaikan solat Jumaat minggu ini.
Ia bagi memohon ke hadrat Allah agar memberikan perlindungan dan
keselamatan daripada ancaman wabak COVID-19.
Dalam masa yang sama, baginda menasihatkan rakyat agar dapat
menyesuaikan diri dengan norma baharu semasa melakukan persiapan untuk
menyambut Hari Raya.
Baginda turut menasihatkan rakyat supaya menjauhkan diri berkunjung
ke tempat yang terdapat perhimpunan yang ramai, dan mematuhi prosedur operasi
menurut yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara dan KKM.
Baginda menzahirkan titah agar rakyat memohon sebaik-baik dan
sebesar-besar pertolongan daripada Allah SWT.
Jabatan Agama Islam Perak
Ini baru betul caranya...
!