DIA PUN KALUT NAK BAGI KOMEN....NETIZEN DAH SEKOLAHKAN

 

Ustaz mana Siti Nurhaliza rujuk? – Ridhuan Tee

By

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 6 May 2021


Ridhuan Tee Abdullah

Ridhuan Tee Abdullah.

KUALA LUMPUR – Seorang pendakwah bebas, Prof. Dr Mohd. Ridhuan Tee Abdullah membidas kenyataan Siti Nurhaliza kononnya mengumpul pahala apabila ada orang memfitnahnya.

Menurut beliau, selain itu, budaya menggunakan nama ‘ustaz’ bagi mengeluarkan kenyataan berhubung dosa pahala harus dihentikan.

Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin itu berkata, tindakan memetik nama agamawan untuk melindungi diri d iatas kesalahan sendiri amatlah tidak elok jika dilakukan.

Tambanya lagi, ‘dugaan’ yang dimaksudkan selebriti tersebut juga merupakan dugaan yang dicipta sendiri kerana boleh sahaja tidak dilakukan melihat dari situasi kalut sekarang.

Pendakwah itu juga mengulas sedikit berkenaan kehadiran yang tidak diwajibkan ke majlis seperti itu kerana boleh jadi ia bakal memudaratkan andai dilakukan pada waktu-waktu berisiko.

Selain itu, beliau turut mengingatkan kepada semua pihak supaya menghentikan budaya mencari publisiti dengan memberitahu semua perkara kepada khalayak sehingga meninggalkan pelbagai masalah.

Di akhir coretannya, Ridhuan turut mempersoalkan ‘ustaz’ manakah dirujuk oleh seorang selebriti sehingga boleh mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Betul ker dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri? Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri, apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda ini? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.

“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda-ganda, menggunakan nama ustaz.

Budaya seperti ini perlu dihentikan. Memetik nama agamawan untuk cover diri ini tidak berapa molek.

“Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.

“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis, yang dalam kiasnya, soal keutamaan, antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis. Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan, sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan.

“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP, antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan maka, boleh sahaja tidak hadir.

“Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?

“Ingatan saya, hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Bila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?” soalnya di Facebook.

Sebelum ini, satu majlis bertahnik telah berlangsung di penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza sehingga ‘kecoh’ di media sosial.

Tetamunya juga bukan calang-calang apabila membariskan pendakwah-pendakwah terkenal serta menteri Kabinet bagi menyempurnakan majlis tahnik anaknya.

Namun, menerusi beberapa kenyataan susulan, pihak mereka telah memohon maaf dan bersedia untuk memberi kerjasama apabila dipanggil pihak berkuasa bagi memberi keterangan serta telah menjelaskan keadaan sebenar di media sosial. –MG

Guru gurau rogol masih bertugas, keluarga Ain kecewa


Ain Husniza dan bapanya Saiful Nizam.


KUALA LUMPUR – Bapa kepada pelajar Ain Husniza yang membuat pendedahan mengenai jenaka rogol di sekolahnya kecewa kerana guru berkenaan masih lagi mengajar di sekolah.

Saiful Nizam berkata berkata, anaknya sudah tidak ke sekolah selama dua minggu kerana rasa kurang selesa.

“Kami rasa sekolah sudah tidak selamat kerana guru tersebut masih lagi mengajar di mana saya rasa tidak patut. Bila ada siasatan sepatutnya guru itu diberikan cuti sementara.

“Guru itu masih lagi mengajar seperti biasa dan lebih memburukkan keadaan guru masuk dalam kelas dan mengajar dalam keadaan yang emosi tidak stabil,” katanya dalam sesi siaran langsung bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Facebook, hari ini.

Saiful Nizam mendakwa, guru berkenaan masih beremosi dengan mengatakan dirinya dianiaya.

“Dia menangis depan pelajar dan berkongsi cerita bahawa dia dianiaya dan sebagainya.

“Ini sedikit sebanyak menggangu siasatan dan memberikan pengaruh kepada pelajar-pelajar lain untuk kesian kepada guru berkenaan,” katanya lagi.

Sebelum ini, Ain yang belajar di sebuah sekolah di Selangor menjadi tumpuan di media sosial selepas memuat naik video di TikTok, memetik guru sekolahnya berkata “jika kamu (pelajar) mahu merogol, jangan rogol seseorang bawah 18 tahun. Rogol orang melebihi 18 tahun.” – MalaysiaGazette

 

Syarikat taikun ambil alih Lapangan Terbang Subang? Bakal undang masalah besar, kata sumber

 

Taikun hartanah, Desmond Lim, mengemukakan kepada kerajaan kertas cadangan untuk mengambil alih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan kawasan sekitar.

PETALING JAYA: Cadangan seorang ahli perniagaan mengambil alih lapangan terbang di Subang, boleh menjejaskan rangkaian lapangan terbang yang dikendalikan syarikat negara, Malaysia Airport Holdings Bhd (MAHB), kata sumber kepada FMT.

Amaran itu diberi susulan laporan sebuah portal bahawa WCT Holding, yang dikuasai taikun hartanah, Desmond Lim, mengemukakan kepada kerajaan kertas cadangan untuk mengambil alih Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) dan kawasan sekitar untuk pembangunan komersial, termasuk pusat beli-belah, pejabat, dan tempat pameran.

Menurut sumber, cadangan WCT itu, sekiranya diluluskan kerajaan, boleh menjejaskan KLIA, kerana ia juga berhasrat untuk menjalankan perkhidmatan freight ekspres dan perjalanan udara komersial di SAAS.

Kata sumber, kargo ekspres di SAAS akan secara langsung bersaing dengan KLIA dan menjejaskan usaha MAHB menempatkan KLIA sebagai hab kargo serantau.

Sumber juga berkata, jika kerajaan meluluskan pengambilalihan itu, SAAS berkemungkinan bersaing dengan KLIA dalam pasaran penumpang premium, lantas menjejaskan daya maju KLIA bagi syarikat penerbangan perkhidmatan penuh sehingga memaksanya menjadi hab penerbangan kos rendah.

Menurut laman The Vibes, WCT dalam cadangannya kepada Kementerian Pengangkutan, menyatakan niat syarikat itu untuk menjalankan perkhidmatan freight ekspres dan perjalanan udara komersial, selain projek hartanah di tapak SAAS dan sekitarnya.

Sumber mempertikaikan cadangan WCT menjalankan pembangunan komersial itu, kerana ia hanya akan memburukkan lagi lebihan unit tak terjual dalam sektor hartanah yang sedang bergelut mencari penyewa.

Katanya, terdapat pusat perdagangan lain dalam lingkungan 5km dari SAAS, seperti Ara Damansara Oasis dan Pusat Perniagaan Glomac, yang sukar mendapatkan penyewa khususnya untuk pusat beli-belah.

“Adakah projek pembangunan komersial di Subang ini memberi manfaat kepada penduduk dan negara? Saya rasa tidak,” katanya.

VIDEO : ULAMA PAS - BERHENTI JADI LEBAI MALANG



Menteri tersebut seolah-olah tidak sabar meletakkan ‘budaknya’ mengisi jawatan tersebut sedangkan kontrak PCK akan berakhir pertengahan Jun ini,” dakwa Abdul Hamid, menurut laporan. Sementara itu bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan turut menyuarakan pandangannya menyokong kenyataan Abdul Hamid.





VIDEO RESTORAN MAMAK SELAMAT?


Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Adham Baba berkata, ia dikesan selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara melalui analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu. “Ia dikesan menerusi kemasukan seorang kerakyatan India apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Online.




VIDEO :LAPORAN SUDAH DIBUAT, SILA SIASAT



Shazni Munir berkata SPRM mengakui isu yang dilaporkan itu merupakan isu penting dan akan memberikan respons segera mengenainya. "Kita menggesa SPRM untuk menyiasat dakwaan serius oleh Abdul Hamid. Dia bukan calang-calang orang tetapi bekas IGP, dan kita rasa dakwaan olehnya ada merit yang perlu dipandang serius oleh pihak penguatkuasa khususnya SPRM," katanya.



VIDEO : (LIVE) ZUNAR SEBAGAI HOS Anwar Ibrahim & Ain Husniza: Bicara Isu Semasa Melibatkan Sekolah...


06/05/2021 5.00PM Petang #MakeSchoolASaferPlace Anwar Ibrahim: Saya akan bersama adik Ain Husniza Saiful Nizam dalam program bicara tentang isu semasa yang melibatkan sekolah dan pendidikan dalam rencana besar mewujudkan persekitaran yang selamat buat anak-anak di sekolah




Belajar dari kesilapan Siti Nurhaliza, pasangan Awal, Scha rela bersabar nak raikan anak baru

 


Belajar dari kesilapan Siti Nurhaliza, pasangan Awal, Scha rela bersabar nak raikan anak baru

May 6, 2021 

Walaupun bertaraf selebriti pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya tetap tabah menahan perasaan untuk berkongsi kegembiraan dengan orang lain atas kehadiran anak terbaru mereka.

Memahami prosedur operasi standard (SOP) ketat yang perlu dipatuhi semua, Awal berkata, mereka bersetuju untuk menangguhkan dulu keraian itu bagi mengelak sebarang isu yang tidak diingini di kemudian hari.

“Masa Lyla Amina lahir, pihak pengurusan hospital melaksanakan SOP yang amat ketat. Mak saya dan semua ahli keluarga pun tak dapat melawat Lyla Amina.

“Saya dan Scha pula memang tak berani nak jemput sesiapa datang ke rumah pada waktu sebegini.

“Ada adik-beradik yang turut luahkan hasrat mereka nak datang melawat pun kami kata: jangan… tunggu dululah,” katanya.

Memang pada awal kata pemilik nama penuh Ahmad Awaluddin Ashaari itu dia dan Scha mengimpikan agar dapat meraikan Aidilfitri dengan meriah pada minggu depan bersama sanak-saudara dan anggota keluarga terbaru mereka.

Pun begitu, hasrat itu nampaknya tidak kesampaian selepas kerajaan semalam mengumumkan Kuala Lumpur diletakkan di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula esok.

Beraya dalam ‘kecewa’

Perintah itu dilaksanakan lewat sehari selepas PKP sama diumumkan untuk enam daripada sembilan daerah di mulai hari ini sehingga 20 Mei.

Kata Awal, mengikut perancangan, dia dan Scha ingin membawa Lyla Amina beraya ke rumah neneknya.

“Ingatkan raya kali ni dapatlah berkumpul sanak dan saudara. Tapi dah PKP, nak raya apa lagi, hanya dapat beraya dalam kekecewaan sajalah,” ujarnya secara berseloroh.

Awal berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk sambal Schambal di sebuah kompleks beli-belah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur semalam.

Pasangan yang berkahwin sejak 2012 itu menimang bayi perempuan kedua, Lyla Amina, pada 12 Feb lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu negara.

Sebelum ini mereka dikurniakan Lara Alana yang lahir pada 22 Julai 2014.

Isu menyambut kedatangan ahli keluarga baru akhir-akhir ini memang ‘panas’ selepas penyanyi terkenal, Siti Nurhaliza Tarudin mengadakan majlis meraikan anak keduanya dalam majlis yang dihadiri orang kenamaan dan popular termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri Zulkifli Mohamad.

Penyanyi Bukan Cinta Biasa itu dan suaminya, Khalid Mohamad Jiwa, juga dikritik kerana didakwa melanggar SOP sewaktu mengadakan majlis untuk mentahnik, akikah dan maulid Muhammad Afwa pada 27 April lalu.

Bagaimanapun, Siti Nurhaliza, 42, dalam satu kenyataan kemudian menegaskan tiada sebarang pelanggaran SOP berlaku. 





SEMBANG LEBAI : Panas! Senator PAS takutkan DAP macam jumpa hantu- ini semasa jadi pemerintah, masa jadi pembangkang dia puji DAP melambung mai kita tengok video 



Pas yakin UMNO tidak mudah untuk bekerjasama dengan DAP walaupun Setiausaha Organisasinya, Anthony Loke mendakwa parti itu bersedia untuk bekerjasama selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Naib Presiden Pas, Senator Idris Ahmad berkata, ahli UMNO terkenal sebagai anti DAP dan sudah pasti tidak akan menerima pelawaan tersebut.

“Pas sudah ada pengalaman, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah ada pengalaman, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah ada pengalaman dengan DAP.

“DAP akan buat apa sahaja demi untuk perintah Putrajaya,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Rabu.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik kenyataan Loke bahawa DAP bersedia bekerjasama dengan UMNO selepas PRU15.

Sementara itu, Idris berkata, DAP mengetahui parti mereka akan mendapat sokongan kukuh daripada bukan Melayu terutama pengundi Cina pada pilihan raya akan datang.

Bagaimanapun, katanya, untuk DAP mendapat undi orang Melayu adalah sukar dan parti itu mencari jalan supaya boleh memecahkan undi berkenaan sekiranya mahu berkuasa di Putrajaya.

“DAP tahu kalau Melayu berpecah, peluang untuk berkuasa semula di Putrajaya cerah. Kalau Melayu bersatu, harapan mereka untuk kembali berkuasa tidak boleh sama sekali.

“Oleh itu DAP meletakkan Pas musuh nombor satu sebab kita berusaha untuk menyatukan orang Islam Melayu. Secara tidak langsung akan menyekat DAP dan Pakatan Harapan (PH) berkuasa di Putrajaya,” katanya.

Tambah Idris, impian DAP untuk mendidik Parti Amanah Negara (Amanah) bagi menggantikan Pas masih tidak berjaya.

“Maka cubaan memancing UMNO untuk bersama dengan DAP cuba dilakukan. Tapi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang baru berlangsung menolak sebulat suara kerjasama dengan DAP.

“22 bulan mimpi ngeri rakyat Malaysia, semoga tidak berulang,” katanya.


FUHHH IKON INTEGRITI....

 

Yong Intan Nor

Rupanya Menteri Agama ikon integriti. Baru Yong tahu kerja nikahkan dan buat tahnik anak selebriti tanpa ikut SOP COVID-19 itu integriti!

.


Lelaki ini tunjuk bukti air berkarat hanya 2KM dari HQ Air Kelantan-MALU la ke negeri cina kapiaq DAP.


Bayar air bill harga BIASA .....

Tetapi upgrade sampai air TEH .....

Mengapa masih TAK PUAS HATI.....???

Apa kamu mau lagi....?????

Tak kan nak bagi MERCEDES tiap orang ....!!!!!!!

Jangan jadi manusia yang TAMAK....!!!!!

AIR JAMINAN MASUK SYURGA

PROFESSOR KANGKONG



Salam dan Selamat Petang semua. Maaf. Ambo buat caro bodoh. Iaitu caro update dalam FB. Harap dapat perhatian dari pihak berwajib. (Sebab dari tiga tahun lepas lagi. Ambo dah buat report Ke AKSB. Tapi tiada respon. Kata nk flash la. Ni la.

Lokasi umah ambo. X sampai 2KM dari HQ AKSB di Kota Bharu. Kampung Batu 2 1/2. Jalan Kuala Krai,15150 Kota Bharu. Cerita dia. Demo tgk la air paip umah kawe mcm mana. Air gapo demo rasa. Untuk minum. Mandi. Ni Tahun lepas. Ambo letak dah enjin n filter besar. Tp lepas 8 bulan. Air tetap sama.

AKSB. Tolongla. Bil umah ambo jdi tinggi. Sebab duk main flushing air. Filter air. Washback Filter. Sapo nk tggung semua tu. Mesin Basuh. Sebiji out. Mozek dalam bilik air. Habis jdi kuning. Kos penapis. Semua tu. Ambik cakno la. Tarif air terap samo. Tapi kualiti. Xsamo. Demo rasa. Mcm mana.

Dengan Kos kalau baju warna cerah kena g dobi. Kalau x. Jadi kelarin la weeiiii. Sapo nk tnggung tu. Sapo. Kos Wash Back air. Kos elektrik. Kos penapis. RM5 ya setiap tukar. Tukar seminggu sekali. X tukar filtet. Air jadi slow. Sebab sumbat la weii. Owh. Jammed.

Ni nama ambo Asrul Mamat. No Tel: 014-522 2854. Mano mano kenal. Raso nk backup ko. Nk bahas ko. Direct ambo.

Kredit : Asrul Mamat

 

2 YB CINA BAGI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI BUKIT TEH DAN MACHANG BUBUK.- YANG BUSUK PERUT JANGAN PULAK KECAM.


 May be an image of one or more people, people standing and indoor


LEE KHAI LOON


Hati amat sedih apabila saya bersama YB Steven Sim Chee Keong 沈志强 turun melawat mangsa banjir di Kg Machang Bubok dan Kg Bukit Teh sehingga jam 1 pagi.

Kami telah sediakan 200 burger, 400 pek nasi goreng dan mee goreng untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir. Terima kasih kepada bomba, polis, JKM, Pejabat Daerah Tanah SPT, MPKK dan sukarelawan yang turun untuk membantu serta mengedarkan makanan kepada mangsa banjir.

Musibah banjir merupakan ujian kepada kita semua. Namun kerajaan sendiri perlu memberikan perhatian serius serta mengambil langkah pencegahan yang berkesan. Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan PH telah memperuntukkan RM10 juta untuk membuat kajian tebatan banjir di kawasan Machang Bubok dan Kulim Bandar Baharu di sebelah Kedah. Saya berharap Kerajaan Persekutuan akan meneruskan projek ini agar masalah banjir di kawasan Machang Bubuk dapat ditangani dengan baik.

Semoga semua keluarga yang terkesan tabah berdepan dengan ujian musibah banjir ini.






PENJARAKAN SAHAJA MEREKA INI SUPAYA SEDAR....NEGARA INI BUKAN MAK BAPAK DIA PUNYA

 

Kes Neelofa ‘beli karpet di Nilai 3’ sudah dirujuk pendakwa raya, kata polis

Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Haris Ismail, baru-baru ini mencetuskan kontroversi terbaharu susulan video menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.

JOHOR BAHRU: Kertas siasatan terhadap selebriti Noor Neelofa Mohd Nor dan suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail yang didakwa melanggar SOP Covid-19 merentas negeri membeli karpet di Nilai 3, sudah dirujuk kepada pihak pendakwa raya, kata Ketua Polis Negeri Sembilan, Mohammad Mat Yusop.

Beliau bagaimanapun berkata terdapat beberapa tindakan yang perlu diambil dan diperkemaskan lagi kertas siasatan selepas dirujuk kepada pendakwa raya dan kini di peringkat akhir.

“Siasatan sudah di peringkat akhir dan telah pun dirujuk kepada pendakwa raya, serta dikembalikan semula bagi memperkemaskan lagi siasatan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Katanya, kertas siasatan itu dijangka akan lengkap dalam masa terdekat dan sebarang keputusan akan dimaklumkan kepada pihak media.

Terdahulu, belum pun reda isu nilai kompaun dikenakan pihak berkuasa yang dikatakan terlalu rendah terhadap pasangan itu kerana melanggar SOP pada majlis perkahwinan dan rentas negeri, Neelofa dan Haris sekali lagi mencetuskan kontroversi terbaharu.

Kali ini, Neelofa dan suaminya, seorang ‘pencetus ummah’, didakwa memuat naik video di Instagram menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Video 15 saat itu dikatakan dirakam oleh Neelofa sendiri, memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki di kedai itu.

Pada Selasa, pasangan selebriti itu telah memberi keterangan kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai pada 2.30 petang dan selesai kira-kira 6.45 petang, selepas empat jam keterangan mereka diambil.

Ketua Polis Daerah Nilai, Mohd Fazley Ab Rahman berkata, keterangan tersebut adalah berkaitan penularan gambar dan video dalam media sosial berkaitan pasangan tersebut yang berada di sebuah premis menjual karpet di Pusat Perniagaan Nilai 3, Nilai dekat sini pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, hasil carian di Instagram Neelofa tidak menemui video itu.

Perkembangan ini terus “trending” dan menjadi perdebatan antara pengguna media sosial, yang tertanya-tanya bagaimana selebriti berusia 32 tahun itu boleh berada di kedai tersebut yang dikatakan di Nilai.




MALAYSIA BERISIKO HADAPI JANGKITAN COVID SEPERTI INDIA?


TUBUH JAWATANKUASA PILIHAN KHAS LANTIK KETUA AGENSI KERAJAAN


MEMBANGUN BERSAMA "ISLE" DI GANU KITE..



Ingatkan bila parti islam memerintah negeri atau berada dalam kerajaan pusat, kalaupun telah melupakan hudud atau RUU 355, paling tidak dapat kurangkan sedikit beberapa amalan  mengarut yang menjadi budaya umat Islam.


Nampaknya, parti Islam lebih teruk dari Umno.  Umno pun tidak teringin nak buang duit buat program tidak berfaedah dan tidak langsung menggambarkan syiar Islam seperti itu.  Lepas ni buatlah pertandingan rumah siapa paling cantik dihiasi lampu kelap kelip atau pertandingan bunga api dan bunyi mercun paling kuat.


Bulan ramadhan orang sibuk mendepani Covid, mereka sibuk nak bertanding Pasang pelita.  Sepatutnya amalan ini cuba dihapuskan sedikit demi sedikit agar jenerasi akan datang tidak anggap ianya satu dari amalan agama menjelang syawal.  Malangnya, parti Islam pula yang cuba promosi lagi.  Kaum cina pun tidak anjur pertandingan lampu tanglung.


Itulah jadinya bila pemimpin jahil memimpin yang tiada langsung idea yang boleh bangunkan umat dan negeri.  Salahkan diri masing2 kerana memilih mereka jadi pemimpin.  Pemimpin bodoh dipilih oleh pengundi bangang.


WFAUZDIN NS




KITA MESTI BERANI.KITA BUKANLAH PENDATANG TANPA IZIN DI NEGARA INI.


 Jika UMNO selalu berasakan mereka dibuli oleh Bersatu dalam kerajaan PN yang dibina secara bersama, malah dengan kedudukan Ahli Parlimen UMNO adalah paling ramai jumlahnya, rakyat juga tidak kurang berperasaan yang sama.

Kegagalan kerajaan memberi khidmat yang baik, menteri-menteri yang majoritinya tidak berfungsi, peraturan yang selalu berubah-ubah, pilih kasih dalam undang-undang antara orang kayangan dengan rakyat biasa dan Perdana Menteri yang lebih banyak bisu daripada bercakap adalah antara pembulian yang setiap hari dihadapi oleh rakyat daripada kerajaan PN ini.

Tidak cukup dengan kerajaan PN itu sendiri dibentuk melalui pengkhianatan di mana ia juga suatu bentuk pembulian terhadap undi serta mandat rakyat pada PRU14 lalu, perangai membuli itu berterusan lagi setelah mereka menjadi kerajaan.

PKP yang bersambung sampai fasa tiga setakat ini yang berpunca daripada kegagalan kerajaan menangani wabak Covid19 sehingga balik kampung beraya dan menjenguk ibu bapa pun tidak dibenarkan, rata-rata juga merasakan ia adalah pembulian.

Tambah dahsyat, disebabkan hilang majoriti dan takut hilang kuasa, darurat telah dicadangkan yang bersekali dengannya Parlimen turut digantung sama.

Tidak masuk akal untuk mengaitkan darurat yang Parlimen digantung itu dengan memerangi Covid19, lantaran setelah Ahli-Ahli Parlimen disuntik vaksin pun, Parlimen tetap juga tidak dibuka.

Sebaliknya, sekolah-sekolah di mana guru tidak disuntik vaksin pula yang bebas dibuka, walaupun diketahui banyak kluster baru muncul daripadanya.

Agaknya, kalaulah kedudukan kerajaan dan Perdana Menteri ditentukan antaranya melalui undi guru-guru sekolah, pastilah murid-murid turut menjadi mangsa belajar di rumah saja sepanjang masa.

Selain itu, dalam tempoh darurat juga, kerajaan pimpinan Mahiaddin Md Yassin telah meminda empat undang-undang negara melaui Ordinan Darurat yang memberi kuasa kepada kerajaan melakukannya tanpa membawanya ke Parlimen untuk kelulusan.

Ia adalah undang-undang untuk menaikkan denda bagi penyebaran berita tidak benar dan kompaun melanggar SOP PKP, kebenaran mengguna perbelanjaan tambahan wang negara tanpa meminta kelulusan Parlimen dan mengambil dana Kumpulan Wang Amanah Negara atau KWAN untuk pembelian vaksin.

Semua ini juga suatu pembulian yang terang lagi nyata kepada rakyat kerana sementara rakyat diancam dengan denda dan kompaun yang lebih tinggi, kerajaan dalam waktu yang sama bebas berbelanja sesuka hati, termasuk mengambil dana amanah yang dipersiapkan untuk generasi akan datang.

Kerajaan dalam hal ini ternampak tidak peduli dan tidak malu dengan kegagalan mereka memajukan ekonomi dan menambah tabung kewangan untuk terus berbelanja dengan sebebasnya.

Sebab itu, dengan pembulian yang banyak jumlahnya, berterusan dan tiada seolah-olah tiada hentinya, setiap hari yang berlalu rakyat jadi semakin marah serta meluat kepada kerajaan dan Mahiaddin.

Tidak ada yang bertukar daripada benci kepada suka atau daripada tidak menyokong kepada menyokong, melainkan jika diberi jawatan, kedudukan atau ganjaran.

Melihat trend Mahiaddin memimpin negara ini, beliau dirasakan tidak akan berhenti daripada terus membuli rakyat bagi memastikan kuasa dalam tangannya dapat dipertahankan lagi.

Selepas ini, kita tidak tahu apa lagi undang-undang negara yang bakal dipindanya, tetapi haruslah kita sedar, tindakannya meminda undang-undang yang membolehkan kerajaan mengguna atau berbelanja wang negara sesuka hati tanpa membentangkannya ke Parlimen terlebih dahulu, ia adalah satu bentuk pembulian terbesar kepada rakyat dan pencerobohan sistem kerajaan demokrasi paling parah sekali.

Kita tidak boleh membiarkan amalan seperti itu berterusan lagi.

Sebab itu, meskipun diketahui dan difahami, rakyat semakin hari semakin meluat dan benci, bahkan jumlahnya terus bertambah, kebencian itu mesti ditunjukkan secara terbuka dan jangan dipendam dalam diam begitu saja.

Melalui bidang, kebolehan, keupayaan dan kemampuan masing-masing, setiap orang harus berani bersuara menunjukkan bahawa kerajaan PN yang Mahiaddin pimpin ini adalah malapetaka terbesar bagi rakyat dan negara setakat ini.

Rakyat tidak harus jadi penakut macam pendatang tanpa izin yang bekerja di kilang atau ladang yang akur apa saja perintah majikan, waima jika dibayar gaji tidak setimpal dan kebajikan hidup tidak dijaga.

Kita adalah pemilik mutlak negara ini dan kita berhak mendapat yang terbaik, bahkan kewujudan kerajaan serta senang lenang hidup Perdana Menteri dan menteri-menteri juga adalah atas ihsan rakyat yang menentukannya.

Dalam konteks kerajaan PN ini, berdasarkan apa yang berlaku sejak lebih setahun lalu, lagi lama mereka berkuasa, kemungkinannya tambah habis jahaman negara ini dan terperosok lagi teruk nasib masa depan anak-anak cucu kita dibuatnya.

Jika kita terus dengan sikap penakut, sampai bila-bila pun kita akan jadi mangsa buli.

Maka itu, jangan sesekali kita takut untuk bersuara kerana dengan lebih ramai yang berani bersuara itulah permulaan kepada mungkinnya kerajaan PN ini dijatuhkan serta digantikan dengan sebuah kerajaan lain yang benar-benar berjiwa rakyat dan tidak lagi membuli.

Kuncinya, kita mesti berani dan ingat, kita bukanlah pendatang asing tanpa izin di negara ini. 


(ShahbudinHusin 06/05/2021)





Permohonan kedua kerajaan PAS Kelantan untuk ‘lockdown’ ditolak kerajaan Pusat

 

Permohonan kedua kerajaan PAS Kelantan untuk ‘lockdown’ ditolak kerajaan Pusat

Kerajaan persekutuan menolak permohonan kali kedua Kelantan bagi pelaksanaan ‘lockdown’ atau perintah kawalan pergerakan (PKP) lebih ketat sekali lagi.

Ini kerana langkah itu dilihat akan memberi impak besar kepada ramai pihak, khususnya apabila membabitkan lebih banyak penutupan operasi dalam sektor ekonomi.

Menurut sumber, keputusan itu diperoleh petang semalam susulan cadangan dikemukakan kepada kerajaan beberapa hari lalu.

“Sekiranya ‘lockdown’ itu dilaksanakan, kerajaan pusat perlu menyediakan insentif khas kepada golongan yang terjejas dan ia membabitkan peruntukan yang besar.

“Jadi kerajaan pusat mencadangkan supaya Kelantan memperketatkan lagi prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada bagi mengekang penularan Covid-19,” katanya yang enggan disiarkan namanya ketika dihubungi, hari ini.

Semalam, Malaysiakini melaporkan kerajaan Kelantan dikatakan mengulangi permohonan untuk melaksanakan sekatan ketat di bawah PKP seperti mana PKP 1.0 yang dilaksanakan pada Mac tahun lalu.

Jelas sumber, langkah itu dikemukakan kepada kerajaan pusat dalam usaha mengekang penularan Covid-19 di negeri itu yang dilihat membimbangkan.

Dalam perkembangan sama sumber yang rapat dengan pengurusan bencana Kelantan itu berkata, antara SOP yang boleh diperketatkan seperti menghadkan kapasiti penumpang kenderaan selain menetapkan ketua keluarga sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

“Jika SOP sekarang tiada had jumlah penumpang dalam sebuah kenderaan dan ia boleh diperketatkan kepada hanya dua individu bagi sebuah kenderaan.

“Selain itu, mungkin hanya perlu benarkan ketua keluarga sahaja keluar untuk membeli barangan keperluan,” katanya.

Sementara itu Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri ada menghantar laporan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan menyatakan situasi kes Covid-19 di negeri mencapai tahap yang mencemaskan.

“Kita hantar laporan menyatakan Kelantan ini di peringkat yang dah cemas.

“Sepatutnya dengan apa yang berlaku dah tinggi (kes), tetapi pihak-pihak tertentu memikirkan banyak sudut. Perkara ini (lockdown) kita perlu dengar pandangan banyak pihak.

“Jadi kita tunggulah apa-apa yang bersesuai akan diarahkan kepada Kelantan,” jelasnya ketika ditemui selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, hari ini. 





Penduduk guna air bukit, kerajaan perlu beri peruntukan paip rumah ke rumah - ADUN Senggarang

 



ADUN Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim menggesa kerajaan Perikatan Nasional mengeluarkan peruntukan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) untuk membina rangkaian paip rumah ke rumah di beberapa buah kampung.


Hal itu ditimbulkan beliau ketika meninjau nasib penduduk kampung di DUN Senggarang yang terpaksa menggunakan air bukit kerana tiada bekalan air bersih ke rumah mereka.


"Sudah tiba masanya kerajaan menyediakan sebahagian peruntukan untuk membina paip saluran air di seluruh tempat di negeri Johor dengan sempurna



"Masalah ini bukan sahaja berlaku di tempat saya sahaja di Senggarang tetapi berlaku di seluruh negeri Johor


"Masalah ini bukan di bawah tanggungjawab SAJ Ranhill (syarikat air negeri) tetapi tanggungjawab KPLB.


"Jika KPLB boleh membina jalan dan lorong di kawasan pendalaman, kenapa tidak boleh mengeluarkan sejumlah peruntukan untuk membina fasiliti paip air rangkaian bagi kegunaan penduduk di luar bandar," katanya dipetik.