Menteri Kesihatan, Dato' Seri Dr. Adham Baba berkata, ia dikesan selepas saringan dibuat di pintu masuk utama negara melalui analisis keseluruhan jujukan genom (WGS) yang dijalankan dari 24 April hingga 1 Mei lalu.
“Ia dikesan menerusi kemasukan seorang kerakyatan India apabila melakukan saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),” katanya dalam kenyataan, lapor Utusan Online.