Shazni Munir berkata SPRM mengakui isu yang dilaporkan itu merupakan isu penting dan akan memberikan respons segera mengenainya.
"Kita menggesa SPRM untuk menyiasat dakwaan serius oleh Abdul Hamid. Dia bukan calang-calang orang tetapi bekas IGP, dan kita rasa dakwaan olehnya ada merit yang perlu dipandang serius oleh pihak penguatkuasa khususnya SPRM," katanya.