PMX BERTEMU NVIDEA CORP















Petang tadi saya telah mengadakan perbincangan penuh bermakna bersama Ketua Pegawai Eksekutif NVIDIA Corporation, Jensen Huang dan Pengarah Urusan YTL Power, Dato’ Yeoh Seok Hong.


NVIDIA adalah sebuah syarikat teknologi multinasional dan telah menjadi perintis dalam pengkomputeran dipercepatkan. NVIDIA kini adalah syarikat ke-6 terbesar di dunia dari segi permodalan pasaran. 


Dalam pertemuan tadi, perbincangan kami menyinggung potensi Malaysia menjadi 20 negara teratas terkait Kecerdasan Buatan (AI). Saya tekankan bahawa Malaysia memerlukan infrastruktur AI bertaraf dunia bagi memupuk bakat tempatan dan membangunkan inovasi yang diterajui AI.


Jensen menyatakan kesediaan menyokong hasrat ini dan memaklumkan NVIDIA bersetuju membantu membangunkan ekosistem AI di Malaysia menerusi sokongan dalam pembinaan pusat kecemerlangan bagi memudahkan pembelajaran dan penyelidikan AI, selain pewujudan sistem Awan AI Malaysia sendiri. 


NVIDIA melihat Malaysia mempunyai sumber dan kemampuan dalam menyediakan keperluan dan syarat sebagai sebuah hub AI. 


Sehubungan itu, NVIDIA akan mengadakan perkongsian strategik dengan konglomerat Malaysia, YTL yang membina pusat data AI melibatkan pelaburan berjumlah RM20 bilion. YTL telah memulakan pelaburan dalam superkomputer berkuasa H100 terbaru bagi membina sistem Awan AI berpengkalan di Malaysia.


Keputusan NVIDIA untuk melabur di Malaysia adalah satu isyarat yang jelas bahawa pelabur asing, terutamanya syarikat gergasi teknologi dunia terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan utama di rantau ini.


Sebelum bergerak pulang, Jensen sempat berseloroh dengan saya bahawa hari ini beliau akhirnya dapat berjumpa dengan ‘Perdana Menteri AI’.


#MalaysiaMADANI




No comments: