Pembukaan semula sekolah: Ibu bapa zahir perasaan bimbang
SAH!! UMNO Buang BERSATU - Tolak Jawatan TPM | PN BAKAL TUMBANG
NARATIF PAS TIDAK SELARI DENGAN TINDAKAN
EDISI KHAS MINGGUAN 009 | PANAS!!! RPTN 2021-2030: KERAJAAN MELAYU ISLAM...
AMANAH lancar Tabung Peduli Pendidikan Nasional
Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional berpandangan kedudukan sistem pendidikan negara semakin celaru akibat penularan Pandemik Covid-19.
Sejak tahun lepas pelajar yang tiada akses internet dan peranti terus ketinggalan dalam era pandemik norma baharu.
Hampir 70% murid diseluruh negara tidak mampu menyertai sesi Pembelajaran dan Pengajaran Di Rumah (PdPR) disebabkan oleh tiadanya kemudahan komputer riba atau peranti.
Untuk merapatkan kesenjangan yang berlaku diantara golongan yang mampu dengan mereka dari golongan B40 dan M40 dalam Pengajaran dan Pembelajaran diatas talian terutama sekali dalam waktu PKP,
AMANAH Nasional telah bersetuju dengan cadangan yang dibawa oleh Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat untuk melancarkan Tabung Peduli Pendidikan AMANAH Nasional 2021.
Hasil kutipan tabung itu akan diberikan kepada keluarga yang memerlukan.
Misi Penubuhan Tabung antaranya mewujudkan Dana lestari untuk membiayai pelbagai inisiatif bagi memastikan murid mendapat pendidikan yang berkualiti.
Justeru, Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional mengumumkan Yang Berhormat Mohamad Sabu selaku Presiden Parti Amanah Negara akan melancarkan tabung ini secara rasmi pada Ahad, 21 Februari 2021.
Pelancaran ini akan dijalankan secara atas talian dan dijemput semua pengamal media untuk menyertainya melalui laman rasmi Facebook Parti Amanah Negara ataupun Facebook Biro Pendidikan & Perubahan Masyarakat AMANAH Nasional.
Restoran dibenar hidang arak kerana tidak bertentangan dengan SOP PKP
Restoran dibenarkan menghidangkan arak dengan makanan kerana tidak bertentangan dengan prosedur operasi standard (SOP) di bawah perintah kawalan pergerakan (PKP), kata penasihat undang-undang Persatuan Pemilik Restoran & Bistro hari ini.
Ia adalah resposn peguam David Gurupatham terhadap tindakan polis malam tadi yang mengarahkan beberapa restoran sepanjang Jalan Telawi di Bangsar untuk berhenti menghidangkan arak, kononnya bagi mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menurut seorang pemilik, polis kembali beberapa jam selepas itu dengan arahan baharu bahawa mereka boleh menghidangkan arak, tetapi tanpa “pelayan dan lampu bar”.
“Di bawah SOP semasa, tidak ada larangan untuk restoran menghidangkan arak dengan makanan.
“Sekatan, seperti yang saya fahami, adalah untuk pub dan kelab untuk tidak menghidangkan makanan, bukan sebaliknya,” katanya dalam kenyataan.
Katanya, pihak penguat kuasa terikat dengan parameter undang-undang dan tidak boleh bertindak “sewenang-wenangnya”.
“Apabila wujud kesan perundangan, pihak penguat kuasa bertanggung jawab menunjukkan peruntukan undang-undang tepat ketika menyekat hak asasi yang diberikan kepada rakyat berdasarkan perlembagaan persekutuan,” tambah Gurupatham.
Beliau meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur Mahadi Che Ngah dan Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa supaya segera menjelaskan kedudukan kerajaan berkenaan hal itu, dan sekiranya gagal, premis boleh membawa isu itu ke mahkamah.
“Hak untuk hidup dan mata pencarian dilindungi di bawah Perkara 5 perlembagaan persekutuan.
“Pada saat industri F&B (makanan & minuman) berdepan penutupan dan pemberhentian kerja, ini bagaikan luka dicurah garam,” katanya.
Gurupatham juga berkata, tidak ada data saintifik yang mengaitkan penjualan arak di restoran sambil mematuhi SOP dengan penularan Covid-19 lebih meluas.
MAI KITA LIHAT KEDUDUKAN 7 MP KHIANAT PKR DARI SEMENANJUNG DALAM PRU15 NANTI.
MD ZULAIMI KAZIN
Kita andaikan BN bergabung dengan PN bermakna
(UMNO+PAS+PPBM+GERAKAN+MCA+MIC) lawan PH.
Simulasi dari keputusan PRU14 saya ambil kira mereka dapat solid
undi dari BN dan PAS, berapa peratus undi yang perlu mereka bawa bersama yang
mereka perolehi masa bersama PH.
Zuraida paling tinggi memerlukan 30% undi dari PH dan Azmin 21%
undi.
Apakah mereka akan terus kekal di Gombak dan Ampang? Nak lari
kemana?
Dalam ramai-ramai depa hanya Dato Saifudin Abdullah agak selamat
hanya cukup dengan undi PAS + BN, soalnya apakah BN akan bagi laluan?
Sama-sama kita lihat rentak tari mereka ini, tak sabar kita untuk
humbankan mereka semua ini sbb mereka khianati mandat rakyat.
Saifuddin ni pun tak selamat juga kerana kawasan tersebut adalah kawasan kukuh bagi PKR sejak 4 penggal lepas
MANA MENTERI AGAMA DIAM MEMBISU
Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menyifatkan Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) sebagai lemah sehingga membiarkan kejadian murtad berlaku tanpa sebarang tindakan.
Abdul Rani juga mempersoalkan sikap berdiam diri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad berhubung video memaparkan pengakuan seorang lelaki memurtadkan seorang wanita Islam.
Dia berkata demikian ketika bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul mengenai isu video berkenaan yang kini tular di media sosial.
"Jakim itu lemahlah. Itu sebab orang berani usik agama.
"Kenapa menteri agama tak keluarkan kenyataan? Sepatutnya dah tular beberapa hari, kenapa diam? Kenapa majlis agama Islam negeri diam?
"Jakim itu sendiri lemah, itu sebab orang boleh mempermainkan agama. Jakim (harus) ambil tindakan tegas. Naikkan kepada kementerian, baru betul," katanya kepada pemberita di luar IPD Sentul.
Turut hadir membuat laporan polis ialah wakil Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM).
Menteri Pendidikan tiada hala tuju yang jelas, gagal memahami rakyat
KEBODOHAN MENTERI PENDIDIKAN MEMAHAMI RAKYAT..
Aku takda masalah sekolah nak dibuka.. Tapi bukan soal Sekolah itu dibuka, Tetapi bagaimana Kementerian Pendidikan mengatur hala tuju dan mengurus jadual persekolahan dan Pembelajaran.. aku rasa ini kali ke berapa, Dia Umum, dan lepas tu U-turn..
Nampak gaya Menteri berucap bergaya macam orang pandai.. Tetapi kerap menyusahkan Ibu bapa dan Guru sekolah sendiri.. sekolah dijangka dibuka pada 1 Mac. tak sampai 10 hari dari sekarang.. maksudnya lebih kurang seminggu..
Kerajaan kena ada satu hala tuju yang jelas.. kalau mahu sekolah dibuka, Sepatutnya Menteri nasihat tangguhkan pembelian gajet atau Komputer riba.. ikuti pembelajaran dari rakaman atau channel Youtube atau Facebook cukup..Jika mahu laksanakan pembelajaran dari atas talian, secara maya pun kena ada persediaan.. ada dibekalkan alat bantuan seperti Komputer atau Tablet.. Begitu juga siaran TV pendididikan..
ini baru rasmi TV pendidikan kelmarin, hari ni pergi sambung Sekolah.. sebab apa ? Sebab nak tutup kegagalan Kerajaan sediakan bantuan Kamputer riba seperti dijanjikan..setelah ibu bapa bergolok bergadai ada yang guna duit pengeluaran Sinar beli Tablet dan Laptop.. Kali ni terpaksa bersiap sedia dengan wang belanja ,Beli keperluan Sekolah dan kos menghantar anak ke Asrama..
PKP hanya akan tamat di lembah Klang, Johor pada 8 Mac.. Bila nak buat pengumuman tu.. Buat secara tersusun..pastikan persediaan.. mulakan dengan pembukaan sekolah kehadiran secara pilihan, Buka sekolah di satu lokaliti setempat dulu… Asrama tangguh dulu..
Dah pasti bila Asrama kembali dibuka..ada pergerakan rentas daerah dan negeri.. Kes masih tinggi..Apakah Penasihat kesihatan tidak belajar bagaimana 41 calon SPM sekolah asrama di Machang positif Covid-19 baru baru ini di Kelantan.. Apakah selepas ini selepas ada kluster Kilang, ada pula kluster asrama dan Sekolah.. ?
Aku tak faham bagaimana cara Penasihat kesihatan..Menteri hari ini berfikir.. punyalah teruk.. Bila nak laksana pendidikan maya, Perlu ada persediaan..Bila nak buka sekolah pun kena ada persediaan yg sama.. Cara Menteri pendidikan sama macam SOP caca marba Menteri Pak Mail buat dalam membendung wabak Covid-19.. sampai dah takda beza PKP,PKPB…
Kerajaan tebuk atap ini serba Gagal..Urus wabak Covid-19 pun gagal.. Urus Ekonomi pun agal.. Uruskan SOP Masjid pun gagal…La ni uruskan hal ehwal Pendidikan pun gagal.. ni lah bahana tubuh kerajaan cara Khianat.. 🙂
Ipohmali
HAI PAS, DA MA CAI SUDAH DIBUKA…
BOB KELANANG
Keperluan mendesak ker untuk buka kedai Da Ma Cai ni sebenarnya.
Korang rasa lah, kalau masa ni kerajaan memerintah adalah PH. Berapakah dalil
dakyah akan dikeluarkan oleh pembangkang.
Benda boleh buat secara atas talian, kenapa perlu heret rakyat
untuk pergi beratur dan berkerumun di kedai Da Ma Cai.
Sepatutnya, pemuda Pas bangkit menentang perjudian nombor ekor. Perhimpunan Icerd boleh buat, takkan perhimpunan tutup Da Ma Cai tak boleh. Kan?
KOH KOH KOH… jilaker!!
Umno tolak TPM, tidak akan kerjasama dengan PN dalam PRU-15
Mesyuarat Biro Politik Umno petang semalam memutuskan untuk menolak tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dibuat oleh Bersatu, kata sumber.
Namun begitu, Umno akan kekal dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga pilihan raya umum akan datang.
Mesyuarat itu juga memutuskan Umno tidak akan bersama PN dalam pilihan raya umum akan datang.
Ketiga-tiga keputusan ini perlu disahkan oleh mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.
Keputusan Biro Politik Umno ini selaras dengan keputusan yang dibuat oleh bahagian-bahagian Umno yang bermesyuarat awal Januari lepas.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan sebelum ini mengesahkan 118 daripada 190 bahagian Umno membuat ketetapan mahu Umno tidak bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15.
Keputusan dibuat kerana ahli dan pemimpin Umno merasakan parti itu dipinggirkan oleh Bersatu dalam gabungan kerajaan PN yang menggantikan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sejak Mac 2020.
Dalam perbincangan bersama antara Umno, Bersatu dan Pas awal minggu ini, Bersatu meminta Umno segera membuat keputusan mengenai kerjasama politik mereka.
Bersatu membuat permintaan itu untuk ia memuktamadkan hala tuju dan strategi Perikatan Nasional (PN) menjelang PRU-15, kata sumber.
PRU-15 dijangka akan dibuat sebaik sahaja tempoh darurat tamat pada 1 Ogos nanti sebagaimana yang dijanjikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketika mengumumkan darurat sebelum ini, Muhyiddin berjanji akan mengadakan PRU sebaik sahaja wabak Covid-19 reda.
Namun begitu, ramai tidak yakin Muhyiddin akan membubarkan Parlimen ketika populariti beliau sebagai Perdana Menteri sangat teruk sekarang.
“Muhyiddin hanya akan bubarkan Parlimen selepas dia yakin PN akan menang. Antaranya dengan cara menarik sokongan Umno bersama PN atau kalau Umno tidak mahu, ‘bunuh’ parti itu,” kata seorang penganalisis politik.
Bagaimana mahu ‘membunuh’ Umno?
“Ia boleh dilakukan dengan mengharamkan Umno atau mengusai pucuk pimpinan Umno dengan cara meletak pimpinan yang pro PN sebagai pucuk pimpinan Umno atau memecahkan terus Umno,” kata penganalisis yang rapat dengan Pakatan Harapan itu.
Dalam masa yang sama Muhyiddin akan berusaha untuk kembalikan sokongan rakyat kepada kerajaan PN dan beliau dengan membeli jiwa mereka, kata beliau lagi.
Umum sekolah dibuka kerana kerajaan gagal laksana PdPR
Pengumuman Menteri Pelajaran untuk membuka kelas persekolahan bermula Mac 2021 adalah sangat memeranjatkan apatah lagi apabila ia dilakukan sehari selepas Perdana Menteri melancarkan program Didik TV di bawah Kementerian Pelajaran.
Senator Aiman Athirah Al Jundi berkata Menteri Pelajaran telah gagal memberi penjelasan kukuh dan rasional akan pengumuman segera pembukaan kelas-kelas persekolahan di seluruh negara yang merangkumi semua zon jangkitan pandemik Covid-19.
“Bukankah lebih baik kerajaan memastikan rancangan bantuan peranti internet kepada para pelajar dilaksanakan segera sepertimana yang telah dijanjikan melalui Belanjawan 2021, dan seterusnya memberi ruang dan peluang kepada program PdPR mengambil tempat untuk dapat disusun secara lebih komprehensif dan efektif?
“Bukan sebaliknya direncatkan dengan segala keputusan dan tindakan pra-matang oleh Menteri Pelajaran.
“Amat malang apabila kita menyaksikan semua tindak-tanduk yang dilakukan oleh kerajaan terhadap masa depan pendidikan anak-anak sepanjang tempoh pandemik Covid-19, seolah-olah tanpa perancangan, pelan tindakan dan strategi objektif yang jelas,” katanya.
Bahkan beliau tidak menolak sama sekali keperluan untuk proses pembelajaran dan pengajaran normal dan bersemuka secara fizikal kembali mengambil tempat.
Namun katanya, hal yang lebih utama perlu diberikan perhatian oleh Menteri Pelajaran dan kementerian sebelum ia dilaksanakan, adalah sejauhmana kesiapsiagaan semua sekolah termasuk berkaitan prasarana persekolahan, guru dan para pelajar dalam memenuhi tuntutan SOP ketat, sepanjang pandemik Covid-19 masih gagal dibendung.
“Saya musykil, bahkan langsung tidak melihat inisiatif sebegini sebenarnya wujud. Bahkan apa yang dapat kita saksikan daripada semasa ke semasa adalah beberapa Menteri sendiri telah menjadi contoh terbaik dalam kegagalan mematuhi pelaksanaan SOP.
“Apa akan terjadi jika sekiranya, berlaku lagi kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar dan guru?
“Adakah tindakan lepas yakni penutupan kelas-kelas persekolahan secara tiba-tiba akan kembali dibuat, dan tidak ada sebarang penambahbaikan terhadap semua proses dan prosedur pengambilan keputusan ini?” soal beliau.
Katanya, rakyat tidak mahu keputusan membuka kelas persekolahan ini sekali lagi mengundang kepada rentetan tindakan flip flop kerajaan yang menyusahkan khususnya ibu bapa dan pelajar sepertimana yang telah berlaku sebelum ini,
“Dek kerana kegagalan yang berulang, termasuklah kegagalan kerajaan dalam memastikan kelengkapan segala keperluan para guru dan para pelajar untuk melalui proses PdPR yang berkesan,” ujarnya.
Justeru beliau berkata, Perikatan Nasional sedang menyerlahkan kelemahan tadbir urus yang sangat ketara akibat penutupan Parlimen yang seharusnya menjadi pusat semak imbang terhadap segala cadangan dan usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan.
“Pengkhianatan bukan sahaja telah memberi kesan buruk terhadap sistem Demokrasi Berparlimen Malaysia, tetapi kini menjalar ke setiap inci dan nadi kehidupan rakyat kebanyakan,” katanya..
NEGERI MELAYU ISLE...KAU HADO DAN BAGI KE ?
Pulau Pinang umum Pakej Bantuan 3.1 dengan kos RM8.41 juta
Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri yang bersidang pada 17 Februari lalu, telah memutuskan untuk meluaskan lagi bantuan kepada 19 golongan serta institusi paling terkesan, di bawah Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.1.
Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, pakej terbaru yang diputuskan itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan negeri sebanyak RM8.41 juta.
Chow berkata, bantuan Khas Kewangan (BKK) RM1,000 secara one-off akan disalurkan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berdaftar dengan Small and Medium Enterprises Association (SAMENTA) Pulau Pinang bagi membantu membiayai sebahagian kos pendigitalan operasi.
“Bagi bantuan ini, kerajaan menganggarkan sekitar 1,000 penerima dengan implikasi kewangan RM1 juta.
“Kerajaan bersetuju memberi BKK RM500 secara one-off kepada pemandu bas, van persiaran, kereta sewa atau limosin pelancongan yang membabitkan kira-kira 351 penerima dengan implikasi kewangan RM175,500;
“Manakala BKK RM500 one-off akan diberikan kepada pemandu pelancong berdaftar. Anggaran penerima seramai 1,367 orang dengan jumlah RM683,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Untuk rekod, kerajaan negeri pada 21 Januari lalu telah memperuntukkan RM20 juta untuk Pakej Bantuan Rakyat Pulau Pinang 3.0.
Sementara itu Chow berkata, menerusi bantuan 3.1 ini, BKK RM500 secara one-off akan diberikan kepada pengusaha kantin dan kafeteria di institusi pengajian tinggi (IPT) awam, swasta, kolej dan institut latihan dengan anggaran 500 penerima.
Sebanyak RM2 juta pula akan diperuntukkan bagi bantuan peralatan kesihatan dan penyediaan kelengkapan Program Imunisasi Covid-19 di negeri itu.
Selain itu, BKK RM5,000 secara one-off akan disalurkan kepada pusat jagaan kanak-kanak, warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan pusat perlindungan wanita di Pulau Pinang dengan anggaran 104 buah pusat.
Maklumat lanjut boleh di akses si laman web rasmi kerajaan Negeri Pulau Pinang, penang.gov.my.
Restoran sudah dibuka, tapi masih tidak boleh adakan sidang Parlimen
POSTED BY AMIR WRLR
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan pelbagai
perkara yang gagal ditangani kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga ke hari
ini.
Beliau berkata, segala-galanya bermula dengan masalah keabsahan kerajaan dan mendakwa kuasa darurat disalahgunakan.
"Seramai 115 ahli Parlimen menolak darurat, ada yang minta kaji semula, ada yang minta mengadakan sidang Parlimen segera. Kalau 115 dalam 220 ahli Parlimen, mereka sudah kehilangan majoriti dan bukan lagi kerajaan yang sah," katanya ketika mengulas pada sesi siaran langsung mengenai ‘The Renaissance Man: Prof Diraja Ungku Aziz’.
Pada masa sama, Anwar menganggap kerajaan sepatutnya melaksanakan inisiatif bantuan rakyat dengan agresif, bukan membelanjakan untuk kesenangan diri.
"Bila ada krisis Covid-19 yang menyebabkan kemelesetan ekonomi, perlu memperkenalkan banyak program untuk tangani isu rakyat.
"Tak boleh bercakap pasal tender baru, duit komisyen, lantik menteri yang ramai dan beri lebih banyak elaun. Ini tidak boleh diterima. Tidak ada keperimanusiaan dan keprihatinan terhadap rakyat. Ini membimbangkan," katanya.
Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson menegaskan, pembangkang menentang Belanjawan 2021 adalah disebabkan kegagalan kerajaan untuk membuktikan bahawa segala peruntukan itu adalah untuk Covid-19.
"Banyak perkara boleh dipersoalkan. Polisi pendidikan, kesihatan. Malah, PKP berubah setiap hari. Saya ulang-alik dari Kuala Lumpur ke Port Dickson, jumpa polis di sekatan jalan raya dan mereka beritahu sudah tak tahu rule apa nak pakai, sebab hari-hari tukar rule.
"Tidak ada penjelasan dan ketelusan. Seperti isu vaksin, berapa banyak kos untuk membelinya, beli dari syarikat mana, berapa kosnya jika dibandingkan dengan pembelian yang dibuat oleh negara lain. Semua ini tiada jawapan. Kita diminta untuk tidak mempersoal sebaliknya ambil vaksin atau mati," katanya.
Anwar juga mengkritik SOP PKP yang seolah-olah sangat longgar sehingga boleh pergi ke mana-mana tetapi Parlimen masih tidak dibenarkan beroperasi.
"Kita boleh pergi restoran, boleh jumpa orang, macam-macamlah tapi tidak boleh adakan sidang Parlimen, adakah ini masuk akal? Boleh kata, rakyat dibenarkan buat semua benda tetapi bukan sidang Parlimen kerana sedang darurat," katanya.
Anwar yang juga Presiden KEADILAN sempat meluahkan rasa kurang puas hati terhadap tindakan sesetengah pihak yang mempersoalkan pengundi berusia 18 tahun, sedangkan ia sudah dipersetujui secara sebulat suara untuk menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan.
"Membenarkan pengundi 18 tahun ini sudah dipersetujui oleh semua parti tidak kira kerajaan dan pembangkang.
"Ada yang persoal 18 tahun tak cukup matang nak faham politik. Padahal, yang umur 60 ke 70 tahun pun tak adalah faham sangat pasal politik. Lambang mana satu pun tak tahu.
"Jadi kenapa harus kita menafikan peluang orang muda untuk mengundi. Beri mereka peluang untuk sertai perdebatan politik dan beri mereka ruang untuk memahaminya," katanya lagi.
MN makin rapuh, PAS terus main tarik tali – Mat Taib
UMNO perlu bersiap sedia untuk bergerak bersendirian bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU15) sekiranya Pas berterusan bermain tarik tali dalam memuktamadkan kerjasama Muafakat Nasional (MN).
Penasihat UMNO Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, beliau melihat Pas sukar memberikan komitmen menjayakan koalisi MN yang turut disertai UMNO kerana parti itu lebih memikirkan kepentingan semasa berbanding kepentingan masa hadapan.
Menurutnya, pemimpin-pemimpin Pas sebenarnya menyedari manfaat besar yang akan tercapai sekiranya koalisi MN dijayakan, namun mereka seolah-olah tidak memikirkan kepentingan jangka masa panjang iaitu PRU15.
“Daripada awal, Pas dapat melihat kejayaan dicapai MN termasuk menang beberapa pilihan raya kecil (PRK) berturut-turut.
“Kalau Pas-UMNO memuktamadkan kerjasama politik, gabungan MN akan membentuk pakatan bersama paling kuat dalam sejarah.
“Bagi saya, situasi Pas dalam MN diibaratkan ‘kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih’,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Dr Muhamad Khir Toyo yang mendakwa koalisi MN kini di ambang ‘perceraian’.
Terkini, Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menggesa Pas menyatakan pendirian sama ada mahu terus bersama MN atau Perikatan Nasional (PN) dalam menghadapi PRU15.
Muhammad yang juga bekas Menteri Besar Selangor berkata, di sebalik kesukaran Pas memuktamadkan kerjasama dengan UMNO, beliau berpandangan pucuk kepimpinan UMNO masih beranggapan MN wujud.
Menurutnya, UMNO masih menunggu jawapan Pas sehingga tibanya PRU15 kerana parti itu sedar koalisi MN adalah satu kekuatan besar yang harus direalisasikan.
“Dalam soal pembahagian kerusi pilihan raya, pemimpin Pas sendiri pun tahu formula terbaik mengenainya.
“Mereka tahu antara UMNO dan PN, siapa yang lebih kuat, mempunyai akar umbi dan jentera kukuh.
“Saya nasihatkan Pas jangan benda senang hendak dijadikan susah kerana yang rugi nanti adalah parti-parti Melayu sendiri,” katanya.
Antara keputusan PRK dimenangi gabungan BN-Pas
PRK Parlimen Cameron Highlands
Ramli Mohd Nor (BN) 12,038
Manogaran Marimuthu (PH-DAP) 8,800
Salehuddin Haji Abdul Talib (Bebas) 314
Wong Seng Yee (Bebas) 276
PRK DUN Semenyih
Zakaria Hanafi (BN) 19,780
Muhammad Aiman Zainali (PH-Bersatu) 17,866
Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) 847
Kuan Chee Heng (Bebas) 725
PRK DUN Rantau
Mohamad Haji Hasan (BN) 10,397
Dr Streram Sinnasamy (PH-PKR) 5,887
Malar Rajaram (83)
Mohd Nor Yassin (79)
PRK Parlimen Tanjong Piai
Dato’ Wee Jeck Seng (BN-MCA) 25,486
Karmaine Sardini (PH-Bersatu) 10,380
Wendy Subramaniam (Gerakan) 1,707
Prof Dato Ir Hj Badrulamin (Berjasa) 850
Ang Chuan Lock (Bebas) 380
Farah Aryani (Bebas) 32
PRK Kimanis
Datuk Mohamad Alamin (BN) 12,706
Datuk Karim Bujang (Warisan) 10,677