Pertubuhan Otai Reformis 1998
(Otai) bergerak lebih gagah di Sabah dengan pembukaan pejabat perhubungan
pertubuhan itu, baru baru ini.
Pejabat tersebut dibuka hasil
inisiatif Pengerusi Otai Negeri, Datuk Dr Sangkar Rasam (gambar, kanan).
Datuk Sangkar yang telah
diamanahkan mengambil alih jawatan Pengerusi Otai Reformis Sabah pada 2019
telah berjaya menubuhkan cawangan pertubuhan itu di 26 kawasan Parlimen
termasuk Labuan. .
"Dengan penubuhan pejabat
ini pasti akan memudahkan sebarang urusan dalam gerak kerja Otai 98 di
lapangan.
"Dengan ini kita akan
lebih aktif dan lantang bersuara menentang ketidak adilan melalui platform NGO
Otai selain kerja lapangan membantu rakyat yang memerlukan," katanya.
Pejabat tersebut dirasmikan
oleh Setiausaha Otai Reformis 1998 Kebangsaan, Abdul Razak Ismail (gambar, tengah) dan turut disaksikan oleh koordinator Otai
Kebangsaan, S. Francis.
Selain membuka cawangan Otai
98, Dr sangkar juga telah membuka pejabat Perhubungan Angkatan Muda KEADILAN
Sabah, Wanita KEADILAN Sabah serta Srikandi KEADILAN Sabah di sebelah Pejabat
Otai98 yang terletak di TNK Commercial Centre, Tanjung Aru.
Otai Reformis akan lebih kukuh di Sabah dengan
wujudnya pejabat menyelaras aktiviti kemasyarakatan
Menurutnya, hal itu bagi
memudahkan sebarang urusan sayap-sayap KEADILAN yang tidak mempunyai pejabat
semenjak Pejabat Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Sabah dipindahkan pada 2016.
“AMK, Wanita dan Srikandi aktif
membuat kerja lapangan selain menganjurkan program-program kemahiran serta
kursus. Namun mereka tidak disediakan pejabat yang selesa dan ini menyukarkan
urusan mereka termasuk tempat melakukan mesyuarat," katanya lagi.
Datuk Sangkar juga merupakan
Ketua Cabang KEADILAN Keningau.