SAMA NAIK NAJIB DENGAN MAHATHIR- DUA DUA KAKI SAKAU JUGA , CARA DAN TEKNIK BERLAINAN

 Lelaki ini dedah kenapa Najib marah sangat pada Tun M tentang projek Forest City



Lelaki ini dedah kenapa Najib marah sangat pada Tun M tentang projek Forest City



Melihat bagaimana ucapan Najib begitu marah kepada Tun Mahathir dalam isu Forest City sehingga menuduh Tun Mahathir sebagai rasis dalam persidangan World Chinese Economic Forum (WCEF).

1- Najib dalam ucapannya cuba menghasut para Taikun kononnya Tun Mahathir cukup anti dengan China. Kononnya atas sebab tindakan Tun Mahathir, pelaburan FDI dari China merosot dari RM40 Billion kepada RM30 Billion pada tahun 2018, sedangkan, penyangak ini sendiri mengakui pada 2019 ada peningkatan kepada RM32 Billion.

2- Najib..Najib.. Tun bukan merompak dan menyangak duit rakyat. Dia cuba selamatkan negara dari dijajah kapitalis China. Sudah pasti tahun pertama FDI dalam mana pun negara berganti Kerajaan hatta awal kepimpinan Jokowi di Indonesia FDI merosot. Itu kebiasaan pelabur hatta zaman Ismail Sabri lebih teruk. Pelabur menunggukan petunjuk baru sebelum melabur akibat ketidakstabilan politik.

3- Alhamdulillah aku bersyukur. Tun berjaya selamatkan banyak projek dan Mengstruktur semula hutang, samalah projek Bandar Malaysia, bagaimana Pengkalan TUDM Sg Besi tergadai dan hampir dibangunkan oleh firma dan kontraktor China. Bayangkan aset strategik tentera yang berharga pun tergadai kononnya atas sebab pembagunan.

4- Belum lagi kisah Tanah KTMB Tanjong Pagar yang tergadai pada Singapura konon atas alasan yang sama, gantian projek pembagunan Marina Bay atau Marina One yang akhirnya Singapura ada juga kepentingan besar. Padan lah cukup gemar Jutawan Singapura dan Kenalan bermain Golf dengan Najib, walaupun atas alasan menjenguk cucu.

5- Tun bukan anti China pun. Elok saja negara kita buat deal dengan China struktur semula hutang termasuk ECRL dan projek paip gas. Tun ketika itu gunakan pengaruh Robert Kuok dalam rundingan semula banyak dari projek negara dan China. Yang mahu diselamatkan Tun pada waktu itu adalah bebanan hutang kepada negara. Bukan menolak FDI.

6- Apa yang dibangkitkan Tun sebelum PRU 14 tentang Forest CIty adalah tepat. Memang jelas pembagunan di situ dikuasai kontraktor China, sampaikan semua pekerja..Papan tanda disitu penuh dengan tulisan China seolah olah kita hilang kedaulatan. Sehinggakan masa tu ada laporan, pekerja di situ pun buat jual beli bukan dengan matawang Malaysia.

7- Lebih teruk dilaporkan hartanah disitu tak mampu dimiliki orang Johor pun. Ia akan dibeli orang luar, dilaporkan kemungkinan akan diduduki 700 ribu warga asing termasuk China. Kalau laporan tu palsu, saman saja Tun Mahathir di mahkamah. Malah dalam laporan channel Top Luxury, Forest City telah memasuki senarai Most Useless Megaprojects in the World.

8- Apapun, bila baca buku Memoir Tun, antaranya menyentuh peranan Raja Berpelembagaan dan kaitannya dengan perniagaan. Kita dapat faham sebab apa Tun menjadi sasaran kemarahan. Bukan hanya Najib yang marah. Kalau kita membacanya, ketika banjir besar ini kita dapat memahami apa yang disentuh oleh Tun.

9- Tapi itulah penyangak yang dah didapati bersalah oleh Mahkamah. Bukan saja dikatakan memalukan negara hatta Pengkhianat Negara. Apa yang diucapkan Najib itu adalah gambaran Taat Setia atau Bai’ah dia kepada China seperti mana Bai’ah dia depan Trump akan bersama bantu Amerika biarpun gunakan dana KWSP.

10- Malangnya masih ada ramai Taikun yang dah tentu berkiblatkan MCA dan China cukup marah dengan Tun. Mana tidaknya hanya UMNO dan MCA di Malaysia ni ada hubungan rasmi dengan parti Komunis China. Tetapi yang dituduh agen komunis adalah DAP.

11- Tapi biasalah Bani Melayu. Depa tetap Sokong UMNO. Biarpun banyak bukti aset tanah Melayu tergadai. Duit Amanah Pencen (KWAP) lesap dalam kes 1MDB. Hatta habis dijual pasir di Melaka. UMNO tetap salahkan DAP. Salahkan Ds Anwar. Kini jadi salah Tun Mahathir.

Ipohmali