HarapandailyMay 22, 2025
Tiga individu termasuk seorang pengarah urusan syarikat bergelar Datuk
ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.
Mereka yang disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 itu disyaki
mengemukakan tuntutan mengandungi butiran palsu bagi tender pembekalan makanan
pada 2020.
Semua suspek dipercayai membuat tuntutan berjumlah RM48,000 untuk tender
makanan kepada agensi pasukan keselamatan negara.
Media melaporkan perintah reman selama dua hari sehingga esok, ke atas
dua suspek lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50-an dikeluarkan
Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah.
Menurut sumber dipetik BH, semua suspek ditahan antara jam 4
hingga 5 petang semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Kedah.
“Suspek utama disyaki melakukan perbuatan itu antara 2020 hingga 2023
melibatkan tuntutan pembekalan makanan mentah, basah dan kering kepada pasukan
keselamatan negara yang menjalanakan penugasan kawalan di pos barisan hadapan.
“Turut ditahan dua kakitangan
syarikat pembekal yang disyaki bersubahat dengan suspek utama dalam menyediakan
dan mengemukakan dokumen tuntutan yang dipercayai tiada pembekalan dilakukan,”
kata sumber berkenaan.

No comments:
Post a Comment