Tak salah bermimpi. Siang hari pun okay. Janji mimpi...

 


May be an image of 6 people, headscarf and text that says "RMK12 " Purata pendapatan isi rumah dianggarkan sebanyak RM10,000 sebulan pada 2025.' YAB DATO' SRI ISMAIL SABRI YAAKOB PERDANA MENTERI #KeluargaMalaysia #RMK12 ismailsabri60"


Banyak perusahaan tutup, kadar pengangguran naik mendadak, gaji minimum RM1,200 sebulan pun tak tercapai, tiba-tiba nak pendapatan isi rumah purata sebulan RM10,000. Wow...

Masalah ekonomi tu satu hal. Yang jadi isu lebih besar, dengan sebegitu banyak masalah yang ada, tak kedengaran lagi pelan pemulihan yang mapan yang telah digariskan oleh kerajaan.

Sebab itu aku kata mimpi. Kalau bukan mimpi pun, menipu. Kenapa letak 2025? Supaya nanti bolehlah gosok cerita dongeng ini belakang pengundi bodoh untuk terus undi mereka.

Usah cerita 2025 la... Cerita yang dia, tiga bulan mendatang ini bagaimana mahu bantu rakyat survive. Itu dulu kemudian baru cerita yang jauh sikit. Baru nampak real.

Raja Gelap