Kerajaan Ismail Sabri dihentam oleh pelbagai pihak kerana lembab dan tidak pro-aktif dalam isu SPRM. Ini termasuk tokoh veteran UMNO Shahrir Samad yang mempersoalkan mengapa ada jarak masa bagi mendapatkan keputusan Perdana Menteri sama ada Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki wajar direhatkan atau tidak.