Hahaha... Terasa ke?
Jap... Jap... Dia ni ulama ke? Entah la. Ulama tu kata jamak
bagi orang alim. Iaitu orang yang punyai ilmu yang tinggi terutama dalam bidang
agama.
Sebenarnya betul kita tak boleh caci ulama. Tapi ulama yang
mana? Ulama yang bawa bersama mereka kebenaran. Bukan ulama yang membawa
bersama mereka fitnah dan penipuan.
Sebab ulama pun ada yang suu. Iaitu ulama jahat. Ulama suu ni,
Nabi saw pun kutuk. Jadi bukanlah kesalahan kalau kita nak caci perbuatan ulama
suu sebab mereka mencemarkan nama Islam.
Ulama dikatakan pewaris Nabi saw. Betullah. Tapi bukan semua
ulama. Yang dikatakan pewaris Nabi saw mestilah yang mewarisi sifat Nabi saw.
Benar, amanah, menyampaikan dan bijaksana.
Kalau seorang ulama itu pembohong, atau tidak amanah, atau tidak
menyampaikan (ilmu dan dakwah), maka bukanlah dia pewaris Nabi saw. Apatah lagi
kalau bodoh, sahlah bukan ulama.
Orang kutuk ulama bukanlah kerana ulama itu betul. Tapi kerana
ulama itu tidak bersifat ulama. Cuba kalau ulama itu jujur dalam menyampaikan
ilmu, nescaya dia akan dikasihi oleh umat.
Jadi kalau tak mahu dikutuk, maka janganlah ulama berbuat
perangai keji. Jangan memfitnah. Sebab perbuatan fitnah itu lebih keji daripada
membunuh.
Membuat fitnah itu satu hal. Mungkin boleh dikata terdorong
dengan rasa marah dan kurang tahu. Tapi bila dah tahu kebenaran, kenalah minta
maaf. Kalau tak minta maaf, itu menunjukkan sifat ego.
Ego atau sombong itu bukan sifat Nabi saw tapi sifat syaitan.
Jadi bukanlah dia pewaris Nabi saw tetapi pewaris syaitan. Begitu.
Satu lagi, janganlah suka anggap puak kita saja ulama. Puak kita
saja tak boleh dikutuk. Kalau yang tak sehaluan dengan kita, walaupun jelas
alim, tak mahu kata ulama malah boleh pula dicaci maki.
Contoh Dr. Rozaimi, ulama hadits. Tapi dek kerana Dr. Rozaimi
tak berpihak kepada puak itu, keraplah Dr. Rozaimi dicaci. Eh tak dibela pula.
Tak pula marah ulama dicaci maki. Yang ini tak betul la...
Aku pun tak suka ulama dihina. Tapi ulama yang benarlah. Kalau
ulama suu, wajib kita kritik dan nyatakan kebenaran. Kerana jika tidak, habis
akidah umat Islam terpesong olehnya.