Menyedari PRU15 bakal diadakan sebaik sahaja pandemik Covid19
berakhir, maka Pakatan Harapan telah pun memperkemaskan jentera masing-masing
dan persiapan dari semua aspek harus ditingkatkan mulai sekarang.
Pada PRU14 yang lalu, logo Keadilan telah dipersetujui bersama
untuk digunakan mewakili Pakatan Harapan sepanjang kempen, dan Alhamdulillah,
Pakatan Harapan telah mencipta sejarah memenangi PRU14 dan berjaya membentuk
kerajaan. Keserasian logo Keadilan yang digunapakai telah membantu kemenangan
Pakatan Harapan kerana Keadilan merupakan satu-satunya parti yang memiliki
jentera dan Cabang di kesemua 222 kawasan Parlimen termasuk di Sabah dan
Sarawak. Penggunaan logo ini tidak mendatangkan masalah kerana logo ini telah
lama dikenali samada di Semenanjung mahu pun di Sabah dan Sarawak
Meskipun Pakatan Harapan telah mempunyai logonya tersendiri,
namun logo ini masih belum dikenali ramai terutamanya di kawasan-kawasan
pendalaman di Semenanjung lebih-lebih lagi terlalu asing di Sabah dan Sarawak.
Memandangkan PRU15 begitu hampir, Pakatan Harapan begitu kesuntukan masa untuk
memperkenalkan logo Pakatan Harapan dan sudah tentu akan mendatangkan risiko
sekiranya logo ini digunapakai sewaktu PRU15 nanti. InsyaAllah, sekiranya
Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan selepas PRU15, maka kita mempunyai
banyak masa dan peluang untuk memperkenalkan logo Pakatan Harapan untuk
digunakan di dalam mana-mana PRK selepas itu seterusnya pada PRU16.
Sehubungan itu, kami mencadangkan agar Pakatan Harapan dapat
membuat keputusan agar logo Keadilan digunakan bagi mewakili Pakatan Harapan
berdepan dengan PRU15 nanti. Kami percaya, semua parti di dalam Pakatan Harapan
akan bersikap terbuka dan tidak prejudis terhadap cadangan ini demi
merealisasikan kemenangan seterusnya membawa agenda reformasi yang kita impikan
bersama.
Semoga pandangan kami yang mewakili suara di akar umbi ini akan
mendapat perhatian serius dan pertimbangan yang sewajarnya.
26 September 2021
Ditandatangani bersama:
YB LEE CHEAN CHUNG
Ketua Cabang Indera Mahkota
WAN FAUZULDIN BIN WAN SAMAD
Ketua Cabang Paya Besar
MOHD KAMAL BIN YUSOF
Ketua Cabang Pekan
JAMAL BIN MASRI
Ketua Cabang Rompin
BOSTAMIN BIN BAKAR
Ketua Cabang Maran
BOB MANOLAN MOHAMAD
Ketua Cabang Bera
MOHAMAD HAFEZ BIN HARUN
Ketua Cabang K.Krau
SHANMUGANATHAN AL MUNIANDY
Ketua Cabang Bentong
TAN WEI WUN
Ketua Cabang Cameron Highlands
SIVANANDAR AL GENAPATHY
Ketua Cabang Raub
ZULFIKAR BIN ALI ARIFFIN
Ketua Cabang Temerloh
MOHD MUSTAQIM BIN ABD JALIL
Ketua Angkatan Muda Keadilan Pahang
BARIRAH BTE MOHD MOKHTAR
Ketua Wanita Keadilan Pahang