Tanah Haram Musang King pun salah DAP ?



Tadi tiba tiba ada walaun PAS menyelit komen tanya pasal Musang King, aku mulanya malas nak komen pasal kes ni.. Bila dah tanya, aku jawab lah.. Ni nak habaq.. Masalah tanah kat Pahang tu dah berpuluh tahun..sejak bila DAP perintah Pahang ? try tanya Tuan Ibrahim..

Hat Pertahan hak pekebun tu bukan saja DAP..tapi MCA pun..tapi bani melayu PAS UMNO dok nampak DAP.. cerita tanah peneroka..hat takda geran ni, bukan jadi pada cina jer..di Kelantan..Tanah Ladang rakyat pun jadi perkara yg sama..Tanah yg diusahakan org kampung..diambil alih oleh Kerajaan.. bukan cerita kaum.. ini isu Tanah..biaq depa selesai..

Dalam Malaysia ni..mana mana Negeri, Hal ehwal Tanah ini adalah kuasa MB.. nak pinda atau beri tanah kuasa MB, Agensi Tanah pun bawah MB.. Kerajaan Pusat kalau nak buat Jalan atau lebuh raya pun kena runding dengan Negeri..Kalau dah berani cina tu tanam durian Musang King beribu ekar tu.. adalah yang payung.. dan yang payung, dah tentu ada kuasa...

Orang dok kata surat Kuning..agaknya sebab nama dia Royal, aku tak tahu lah.. selalunya yg main surat kuning ni orang Politik jugak.. sandar atas nama Istana.. Masa isu Bauksit dulu..org kata Surat Kuning..isu Tanah sayur Cameron Highland tu, org kata Surat Kuning.. Balak di Pahang pun, sampai ada org kata ada watak Tengku Wong pun, ada org kata Surat kuning..

yang yer nya bukan lah kerja Istana...tapi kerja orang Politik.. sapa lagi kalau bukan UMNO..apa hangpa ingat, tanam Durian Musang king tu 2-3 bulan dah tumbuh keluar buah ? Jadi sapa dok payung depa.. Ladang Sayur tu, baru hari ni ker depa tanam.. jadi sapa Payung.. jadi apa kena dengan DAP.. depa ada kuasa ker bagi tanah, Payung depa ni.. ?

Jadi sekarang ni tauke Musang king nak bawa kes ke Mahkamah.. Apa hangpa ingat Kerajaan Negeri berani lawan ? hangpa ingat depa berani hadap Mahkamah..karang satu satu nama keluar... semua surat keluar, Surat biru..surat kuning..surat merah.. jangan risau, nanti hat keluar nama dalam Mahkamah, takda sorang pun bani DAP..semua bani melayu..

Renti rentilah salahkan cina... Salahkan DAP.. Ni nak habaq, awat tak tanya ? Jasa sapa satu gunung Genting tu dapat kat tauke judi Lim goh Tong ? kerja lim kit siang ker..atau Lee Kuan Yew.. dah tentu bani Melayu.. tu jasa Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar, Dulu Gunung Genting tu sebahagian milik Kerajaan Selangor..Tapi Tun Razak bantu pujuk datuk harun bagi tanah tu kat Lim Goh Tong..

Tahu tak berapa luas tanah genting tu, 12 ribu ekar dalam kawasan Pahang.. 28 ribu ekar dalam Wilayah Selangor... sapa yang ada Saham dalam Genting yang ada kepentingan atas Kasino Judi terbesar di Asia Tenggara ni ? Yayasan Noah.. Sapa Tan Sri Noah tu.. dia tu Tok sedara Najib Razak ngan Hishamuddin.. dulu org dedah kan depa ni pun ada waris saham dalam Yayasan Noah.. Betul atau tidak.. tak tau lah...

Ini contoh mudah bagi bani Melayu faham..Sebelum ini pun sapa jadi Tim Pengerusi Genting ? Pemimpin DAP ker.. ? Tak.. Tapi Bekas Ketua Polis Negara, Ketua Polis Negara ni cina ker ? tak...nama dia  Tun Hanif Omar..  sebelum tu tokoh UMNO..

Jadi toksah sembang lah pasal mesin slot judi hat kecik kecik ni..Asri Janggut ker..Asri Jambang ker.. Tok wan ker..Tok Ki ker..toksah sembang lah.. nak lawan Judi apa jadah, kalau hat mantan Ketua Polis Negara dulu pernah jadi pengerusi Syarikat hat dikaitkan dengan Judi dan Kasino Genting....

Baru baru ni dalam Berita Harian di dedahkan hasil kejayaan Vincent Tan, Salah satunya Vincent Tan ni menguasai Peranginan dan Pulau di Terengganu.. Sapa gadai Pulau pada Vincent Tan ? Lim Guan Eng ker.. tak... kata Vincent Tan hat jual kat dia Kerabat jugak..tau tau kerabat mana..

Vincent Tan kata salah satu pulau hat dia beli dengan harga RM 2 juta.. tau berapa luas dgn harga RM 2 juta tu ? 60 Hektar.. Jadi 1 Ekar tak sampai RM 15 ribu.. Ni bukan tanah Sawit dalam hutan banat kat Sarawak yg dijual Tabung Haji.. ni Pulau tepi pantai..

pulau ni giler punya cantik, tepi pantai..tepi laut dijual dengan harga RM 2 juta..Sapa jual ?  cina ker.. Tak... Bani Melayu.. Negeri Haji Hadi..bukan negeri DAP... Nak tengok pulau dan Resort Berjaya kat Pulau redang tu, Search lah The Taaras Beach & Spa Resort.. dulu nama Berjaya..

Sudah sudah lah mainkan sentimen Cina..DAP..semua benda nak salah kan DAP.. Padehal dalam sejarah Negara kita hat gadai Tanah Rezab Melayu.. Tanah Melayu ni bani UMNO.. sejak bila DAP perintah Pahang.. Sejarah negara kita ni semua kuasa ,negeri dikuasai UMNO.. sejak Merdeka lagi.. Penjajah terus wariskan pada UMNO..

Ni nak habaq.. hat jual tanah pada Tauke Judi adalah pemimpin UMNO.. hat rasmi Kilang Arak pun Pemimpin UMNO.. tapi yg disalahkan tetap DAP.. tak ker giler puak ni.. :)

Ipohmali