Tarmizi Mohd Jam
Ogos 2017, segerombolan ulama dan lebai dari parti cap agama berpuashati dengan penjelasan Arul Kanda selama 2 jam tentang 1MDB. Antara perkara yang parti cap agama puashati tentang 1MDB ialah plan rasionalisasi hutangnya. Terkini diberi maklum 1MDB tanggung hutang RM41 bilion. Hutang 1MDB adalah hutang kerajaan. Hutang kerajaan adalah hutang rakyat. Siapa pun yang jadi kerajaan, beban hutang itu wajib dilangsai. Kesannya, rakyat merana.
Sebut 1MDB saja, tidak dapat elak dari sebut Najib. Inilah watak utamanya bersama Jho Low. Kedua-duanya masih bebas. Najib boleh berkempen pilihanraya lagi. Turun dengan eskot. Dijulang sebagai bos pula.
Jho Low entah dimana. Orang itu dan orang ini mengaku tahu pasal Jho Low. Last sekali, Jho Low masih joli katak macam biasa. Jangankan ditangkap, bulu roma Jho Low pun tak jatuh.
Jika orang Umno julang Najib, itu satu hal. Satu hal lagi ialah apabila ulama dan lebai drpd parti cap agama bersekongkol dgn Najib, sepentas dgn Najib, peluk Najib dan bagi nyawa kepada parti Najib.
Amat memalukan, dalam negara ini ada ulama sebegitu. Ulama pengkhianat rakyat dan negara. Ulama penjilat perosak negara.
Melihat kepada penampilan, berjubah berserban baca Quran sana-sini, bukan main lagi. Bercakap soal moral tetapi menjadi penjilat perosak negara dan pengkhianat. Konon bersama Islam, padahal bersama pengkhianat negara.
Islam apa yang ulama parti cap agama bawa jika merestui pengkhianatan? Hujah dari Quran mana ulama parti cap agama pakai boleh sokong penipu wang negara? Hadith mana lebai parti cap agama ambil boleh kerjasama dgn kumpulan pencuri?
Inilah punca agama ini dipandang serong iaitu ulamanya menjadi penjual agama dan penyokong pengkhianat. Bangga dgn title ulama konon padahal menjual agama untuk habuan dunia.
Mengaku berjuang Islam konon padahal membontoti pengkhianat denagn macam-macam hujah agama. Memang ulama sebegitu ulama celaka dan lebai sebegitu lebai sial.
By Ustaz Zolkharnain Abidin (Zola)