Awang bin Ahmad Awang
Asalnya, MCA ada kerusi satu sahaja di dalam Parlimen (Ayer Hitam) .
Kemudian, UMNO berikan satu lagi kerusi (Tg Piai) kepada mereka setelah MCA desak untuk keluar BN.
Dua kerusi ahli Parlimen MCA hari ini adalah ihsan UMNO yang melepaskan kawasan majoriti Melayu untuk diwakili oleh MCA.
Semua kawasan majoriti cina, MCA kalah besar. Orang cina semuanya telah memilih DAP untuk membawa mandat orang cina.
Setelah mendapat dua kerusi parlimen, MCA meminta pula dilantik sebagai senator. Selepas mendapat senator mereka meminta senator itu dilantik sebagai timbalan menteri pendidikan.
Portfolio pendidikan adalah penting untuk mereka menjayakan agenda Dong Zong bagi memastikan sekolah-sekolah vernakular terus subur.
Akhirnya, ada tiga orang wakil MCA berada di dalam kerajaan walaupun MCA sebenarnya tidak memberikan apa-apa sumbangan kepada UMNO dalam PRU yang lepas.
Bukan itu sahaja, mereka melobi jawatan GLC penting dan UMNO sekali lagi memberikan kepada mereka.
Dengan hanya tiga wakil ini sahaja, Dong Zong mendapat laluan mudah untuk melakukan apa sahaja yang mereka mahu.
Bayangkan, jika UMNO ikhlas berjuang untuk Melayu. Mereka boleh tinggalkan sahaja MCA ini. Lalu siapa lagi yang mahu menghalang mereka untuk mengharamkan Dong Zong dan sekolah vernakular di dalam kerajaan (belum lagi jiwa RUU355 dibentang) ?
Hanya kerana mahu menjaga hati MCA, tergadai segala kepentingan Melayu.
Diberi betis hendak peha.