Zanirun Baba
1. Tun memang gila kuasa. Bukan setakat kalau. Tun memang nak join Muhyiddin Yasin. Dia siap sokong Muhyiddin PM8. Rakaman video dan bukti semua ada. Tapi dia uturn last minute sebab tak terima penyertaan Najib. Dan dia nak semua MP UMNO masuk ke dalam PPBM. Itu pelan asal. Sebab tu semasa jadi PM Interim dia buat strategi baru. Iaitu semua MP perlu sokong dia sebagai PM8 dan suka hati dia la nak lantik sesiapa pun. Nak jadi PM8. PM9. Bukan gila kuasa ke? Tun tak mampu masukkan Najib dalam penjara dengan segera kerana PH sangat mementingkan kedaulatan undang-undang. Setiap keadilan perlu ditegakkan mengikut prosesnya. Dari segi siasatan, pendakwaan dan hukuman. Kerana PPBM minoriti. Maka Tun cuba mengikut rentak PH yang tidak mahu campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara. Tetapi Tun tidak dapat terima. Sebab itu PPBM buat strategi dengan pujuk MP UMNO untuk melompat. Tujuannya supaya PPBM majoriti dan Tun boleh putuskan apa saja ikut kepala dia. Malangnya langkah ini menikam dia semula.
2. Tun tak suka UMNO tapi curi MP UMNO dan berjumpa dengan pimpinan UMNO semasa jadi PM7. Tun tak suka UMNO tapi mengharapkan sokongan MP UMNO untuk kekal jadi PM? Lawak apekah ini? Tun memang nak buat pengharaman UMNO tetapi strategi dia tak berjaya kerana PKR tak berminat nak campurtangan politik dalam soal kedaulatan undang-undang. Sila baca pendedahan Sam. Muhyiddin diarahkan Tun untuk haramkan UMNO. Anwar nasihatkan Muhyiddin. Berpolitik perlu ada kerajaan dan pembangkang. Perlu berpolitik secara berhemah. Pengharaman UMNO hanya akan menyebabkan melayu lebih marahkan PH dan seterusnya PH dianggap kuku besi dan bertindak ikut emosi. Tun memang ada niat dan telah arahkan melalui tindakan. Cuma Muhyiddin tak buat selepas mendengar pandangan pelbagai pihak termasuklah Anwar.
3. Tun memang sengaja pecahkan PH dan itu adalah fakta. Cara Tun pecahkan PH ialah dengan mendekati pemimpin tertentu. Contohnya Amanah. Apabila pemimpin Amanah dimomokkan dengan janji dan harapan palsu mereka pun akan terpengaruh dan mula buat kenyataan demi kenyataan bagi mendesak dan memaksa Anwar dan PKR untuk terima semula Tun walaupun Tun terbukti MENGKHIANATI PH. Kenapa AMANAH terima dengan mudah janji manis Tun? Kerana AMANAH akan kalah teruk dalam PRU15 jika masih bertanding di seat melayu. Oleh itu AMANAH perlu jadi kerajaan semula. Dan terbalikkan semua persepsi negatif yang terpalit ke atas imej pimpinan Amanah. Dengan itu, AMANAH mungkin ada harapan menang di PRU15. Jika momentum kebencian ke atas AMANAH seperti keadaan sekarang, sukar untuk AMANAH menang.
AMANAH tak salah memikirkan survival parti. Tapi setiap orang ada pandangan tersendiri. Para admin disini membantu membersihkan imej AMANAH dengan membetulkan tanggapan salah ke atas AMANAH. Banyak post yang bela AMANAH dibuat oleh para admin. Bagi admin jika kami berterusan membongkar penipuan pihak lawan itu lebih baik daripada pegang tangan pengkhianat dan berada dalam keadaan was-was bilakah Tun akan mengkhianati lagi.
4. Tun memang taknak Anwar jadi PM. Berhenti perbodohkan diri sendiri dan berhenti sindrome denial. Jangan buat-buat tak tahu siapa disebalik yang persoalkan pengampunan DIRAJA.
5. Bab tuduhan Tun nak kuasa demi selamatkan anak dan bisnes, para admin tidak akan mengulas sehingga berjaya mendapatkan fakta lengkap.
Kesimpulannya. Berhenti jadi macai Tun atau jika nak jadi macai Tun sila berhenti paksa PKR dan Anwar terima Tun. Jika Amanah nak lakukan itu sila lakukan secara terbuka tanpa kiasan dan ayat-ayat berbunga.
PKR tidak akan menghalang apa saja tindakan AMANAH bersama Tun. PKR meraikan kepelbagaian tetapi bukan sampai ditahap benarkan sesiapa mengutuk PKR.
PKR juga mahu jadi kerajaan.
Kerajaan yang adil.
Kerajaan yang mendengar suara rakyat.
Kerajaan yang menyelesaikan masalah.
Tetapi bukan menjadi kerajaan bersama Tun. Cukuplah 22 bulan. Pengalaman yang sangat berguna itu akan dijadikan iktibar.