Nasihat Bermenfaat oleh Penasihat Umum Amanah (PU)





1. Saya mengalu-alukan nasihat al Fadhil Ustaz Ahmad Awang yang dipetik dari wawancara beliau dalam Selangor Today terkini bertajuk "Mengapa Saya Mencabar Hadi Awang" dalam slot Temu Mata. Ahli Amanah wajar membaca dengan teliti wawancara tersebut.


2. Dalam temuramah tersebut PU Amanah mengingatkan ahli dan kepimpinan Amanah antara lainnya tentang cabaran Amanah berhadapan dengan naratif Melayu/ Islam yang dimainkan oleh PAS dan PN. Amanah perlu menjadi benteng untuk menerangkan naratif yang betul dengan melalui peranan Islam yang ada dalam Amanah, justeru peranan agamawan perlu diperkukuhkan seiring dengan gabungan kukuh teknokrat dan aktivis parti.


3. Saya turut ambil maklum perlunya peranan Majlis Penasihat Parti dipertingkatkan sesuai dengan perlembagaan parti. Ustaz Ahmad Awang turut melontarkan cabaran kepada kepimpinan Amanah supaya lebih agresif mendidik ahli parti mencapai piawan ahli yang menjiwai dasar Rahmatan Lil Alamin yang diperjuangkan Amanah. Saya menyambut baik teguran ini dan dengan adanya Akademi Kepimpinan Wawasan Amanah atau AKWAM hasrat PU akan dapat direalisasikan dalam masa terdekat.


4. Semoga keberanian PU Amanah dan Timbalannya menjadi inspirasi kepada seluruh ahli Amanah khususnya kepimpinan Amanah bagi mendepani ujian pemilihan parti yang akan berlangsung dalam Konvensyen Nasional pada 23-24 hb Disember ini. Sesungguhnya peringatan beliau tentang konsep memilih kepimpinan Al Qawwy (kelayakan) dan Al Amin (beramanah) adalah tepat pada masanya bagi memastikan Amanah terus menggalas tanggungjawabnya untuk negara.


{ قَالَتۡ إِحۡدَىٰهُمَا یَـٰۤأَبَتِ ٱسۡتَـٔۡجِرۡهُۖ إِنَّ خَیۡرَ مَنِ ٱسۡتَـٔۡجَرۡتَ ٱلۡقَوِیُّ ٱلۡأَمِینُ }


[Surah Al-Qaṣaṣ: 26]


'Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata: "Wahai ayah, ambilah dia memjadi orang upahan (mengembala kambing kita), sesungguhnya sebaik-baik orang yang ayah ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah".


Semoga semua ahli Amanah dan kepimpinannya mengambil iktibar dari kata nasihat berguna ini oleh Ustaz Ahmad Awang yang merupakan Penasihat Umum parti.


Sekian


Yb Sen. Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa

Naib Presiden AMANAH

Pengerusi Nadwah Ulamak (NUNJI)


10hb Disember 2023



No comments: