BERIKUT ADALAH CADANGAN ROMBAKAN KABINET TERKINI 2023 YANG TELAH LAMA DIHANTAR KEPADA PEJABAT PERDANA MENTERI DAN TELAH PUN DITERIMA OLEH PIHAKNYA MELALUI KIRIMAN EMEL


SAPA PUNYA CADANGAN TAK TAU LA.


1. Tuan Ahmad Fahmi Fadzil bertukar portfolio kepada Menteri Wilayah Persekutuan daripada Menteri Komunikasi Dan Digital

2. Puan Fadhlina Sidek bertukar portfolio kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat daripada Menteri Pendidikan

3. Datuk Seri Nancy Shukri bertukar portfolio kepada Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya daripada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat

4. Datuk Seri Tiong King Sing bertukar portfolio kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sarawak) daripada Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya

5. Datuk Aaron Ago Dagang bertukar portfolio kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) daripada Menteri Perpaduan

6. Datuk Armizan Ali dikurangkan portfolio kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah) daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas)

7. Tuan Adly Zahari (wakil PH-AMANAH dan Melaka, Ahli Parlimen Alor Gajah) dinaikkan pangkat kepada Menteri Komunikasi Dan Digital daripada Timbalan Menteri Pertahanan

8. Datuk Seri Johari Abdul Ghani (wakil BN-UMNO dan Wilayah Persekutuan, Ahli Parlimen Titiwangsa) dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup

9. Dr Maszlee Malik (wakil PH-PKR dan Johor, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Menteri Pendidikan

10. Datuk Seri Dr Awang Sariyan (wakil bebas dan Johor, Senator) dilantik sebagai Menteri Perpaduan

11. Datuk Ugak Kumbong dikurangkan portfolio daripada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak Dan Tugas-Tugas Khas) kepada Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sarawak)

12. Puan Syerleena Abdul Rashid (wakil PH-DAP dan Pulau Pinang, Ahli Parlimen Bukit Bendera) dilantik sebagai Timbalan Menteri Perpaduan

13. Prabakaran Parameswaran (wakil PH-PKR dan Wilayah Persekutuan, Ahli Parlimen Batu) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Wilayah Persekutuan)

14. Cik Vivian Wong Shir Yee (wakil PH-DAP dan Sabah, Ahli Parlimen Sandakan) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah)

15. Datuk Mohd Shahar Abdullah (wakil BN-UMNO dan Pahang, Ahli Parlimen Paya Besar) dilantik sebagai Timbalan Menteri Pendidikan 2

16. Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya (wakil BN-UMNO dan Perlis, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam)

17. Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (wakil BN-UMNO dan Kelantan, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan

18. Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (wakil PH-AMANAH dan Terengganu, perlu dilantik sebagai Senator) dilantik sebagai Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas)


*Kesimpulannya,

1. Jawatan Menteri bertambah 3 orang berbanding ketika pembentukan Kabinet pada Disember 2022.

2. Jawatan Timbalan Menteri bertambah 6 orang berbanding ketika pengumuman senarai Timbalan Menteri pada Disember 2022.


RASIONAL CADANGAN

1. Pertambahan jumlah Menteri dan Timbalan Menteri bagi memastikan fungsi-fungsi Kerajaan dapat dijalankan semaksima yang mungkin selain setiap Menteri dan Timbalan Menteri boleh fokus kepada portfolio-portfolio yang ditugaskan.

2. Pertambahan jawatan Timbalan Menteri Pendidikan kepada dua orang kerana Kementerian Pendidikan sangatlah besar peranannya.

3. Portfolio Hal Ehwal Sabah dan Hal Ehwal Sarawak diasingkan bagi memastikan setiap Menteri dan Timbalan Menteri yang terlibat dapat memberi khidmat yang lebih menyeluruh terutamanya kawasan luar bandar dan pedalaman selain pertambahan jawatan kepada Sabah dan Sarawak memberi lebih hak kepada mereka sebagai rakan kongsi pembentukan negara Malaysia. Pada masa akan datang, boleh dipertimbangkan untuk setiap wilayah ini masing-masing mempunyai wakil sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam  Kabinet pada waktu yang sama.

4. Kewujudan semula Kementerian Wilayah Persekutuan bagi memastikan pentadbiran Wilayah Persekutuan berjalan lebih baik.


Berikut adalah perbandingan jumlah wakil setiap negeri dan wilayah antara pembentukan Kabinet pada Disember 2022 dengan cadangan rombakan Kabinet Disember 2023;-

Format: (jumlah Menteri)-(jumlah Timbalan Menteri) Disember 2022 > (jumlah Menteri)-(jumlah Timbalan Menteri) Disember 2023


NEGERI/WILAYAH BAGI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI


1. Perlis - 0-0  > 0-1

2. Kedah - 1-0 > 1-0

3. Pulau Pinang - 1-3 > 1-4

4. Perak - 6-2 > 6-2

5. Selangor - 3-1 > 3-1

6. Wilayah Persekutuan - 4-0 > 5-1

7. Negeri Sembilan - 2-0 > 2-0

8. Melaka - 0-2 > 1-1

9. Johor - 3-4 > 5-4

10. Pahang - 0-2 > 0-3

11. Terengganu - 0-0 > 0-1

12. Kelantan - 0-0 > 0-1

13. Sarawak - 5-6 > 5-6

14. Sabah - 2-7 > 2-8

JUMLAH - 28-27 > 31-33




No comments: