1. DUN Kelantan sudah dibubarkan, tarikh penamaan calon dan hari pengundian telah pun diumumkan, tapi kenapa kali ini sudah tidak kedengaran lagi isu yang menjadi senjata kemenangan PAS Kelantan iaitu ROYALTI.
2. Dahulu, dalam keadaan hampir pilihanraya sedang rancak berkempen Royalti Hok Kito!!! tapi kini hampir semua pemimpin PAS diam seribu bahasa, NGO-NGO sudah tidak lagi ditaja, seolah ada arahan dari kepimpinan PAS Negeri untuk mendiamkan isu ini.
3. Harapan Kelantan mendapat Royalti sepatutnya mudah seperti makan kacang, apabila BN tumbang PRU 14, dan ianya menjadi lebih cerah apabila dibawah kepimpinan Tun M, yang melantik Tommy Tomas sebagai Peguam Negara, kenapa ambo kata begitu?, kerana En Tommy Tomas merupakan Peguam yang dibayar oleh Kerajaan Negeri untuk mewakili Kelantan dalam isu tuntutan Royalti di Mahkamah.
4. Tommy Tomas juga sebelum PRU, rancak bersyarah dimerata tempat tentang pendapat beliau tentang royalti Kelantan, dan terakhir dijawab dalam Sidang Dun Kelantan pada ketika itu Kerajaan Kelantan telah membayar RM 541, 022.95 wang rakyat Kelantan untuk tujuan itu kepada Peguam tersebut. itulah kesungguhan yang ditunjukkan oleh Kerajaan PAS Kelantan ketika itu.
5. 25 Feb 2020, Kerajaan Mahathir bersama PH tumbang dengan langkah Sheraton, Royalti juga masih kabur jauh dari nyata, Namun Rakyat Kelantan yang menyokong PAS kerana menyokong perjuangan Royalti bersorak gembira kerana mereka kembali melihat harapan cahaya dihujung terowong.
6. Dibawah Pentadbiran Kerajaan MN/PN, Kelantan memiliki ramai Menteri daripada PAS, sudah tentu Royalti senang diperolehi dengan adanya ‘Council Of Ministers’ dari Kelantan dalam Kabinet, sekurang-kurangnya membawa isu Perjanjian Petroleum 1975 untuk dikaji semula.
7. 33 Bulan menunggu, akhirnya semua Menteri PAS hilang jawatan, rupanya tak pernah walau sekali isu Royalti seperti dalam Perjanjian Petroleum 1975 diangkat oleh ‘Council Of Ministers From Kelantan’. Lebih menyedihkan lagi Ahli Parlimen Kota Bharu, YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, telah diangkat menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) , isu ini tidak juga dibawa.
8. Tak Percaya? Dibawah saya sertakan soalan Dewan Negara 21 JUN 2023 dari YB Senator Tan Sri Hj Mohamad Fatmi Che Salleh yang bertanyakan kepada Menteri Undang-Undang sekarang, YB Dato' Sri Azalina Dato' Othman Said mengenai pernahkah Kerajaan sebelum ini membawa isu Perjanjian Petroleum untuk dikaji semula, Jawapanya tidak pernah sekali pun dibawa.
9. Menyedihkan berjuang bertahun-tahun rupanya hanya sekadar mahu gunakan sentimen rakyat untuk kekalkan pemerintahan, setelah rakyat termakan hasutan, amanah itu dibiarkan terkontang kanting dengan berbagai alasan dan sekarang didiamkan terus. PAS mahu bercakap nak kembalikan royalti Kelantan lagi? Percayalah itu retorik semata.
Kreadit : M Zakry