Teringat beberapa kali jumpa DS Mukhriz Mahathir. Dalam beberapa
Majlis dan dua kali di pejabat beliau sebelum PRU15.
Orangnya rendah diri, sopan, articulate dan bijak sekali.
Bersuara lembut tetapi tegas. Karisma nya
hebat
.
Kami berdialog banyak isu, termasuk pasal Tanah Rizab Melayu.
The major thing I like about him, is that his honesty.
Dia cakapkan masa jadi MB dia sedar banyak isu TRM di Kedah.
Dari zaman dulu lagi tapi sistemik isu ini perlu sentiasa diterjah.
Beberapa kali dia turun ke kampung untuk selesaikan, Tanah
Melayu dirembat, ada banyak kes yang tukang tipu orang Melayu juga. Jual tanah
sedara mara ke orang Cina.
Saya juga cakap pada dia, ada kes di mana, orang Pejabat Tanah
yang bantu sama. It’s an open secret. Tapi bukan semua mereka, ramai yang baik2
jua.
Saya juga tanya apa cita2 nya. Dia cakap he has super big shoes
to fill, and people know he’s not his father. Banyak yang perlu dibuat dalam
politik untuk bantu negara. Sayu saya dengar.
Saya dah jumpa ramai orang politik. Dan bertugas dengan pelbagai
Menteri. Hence I can tell you, this one is special. He talks from his heart.
Dan nampak dia ikhlas.
His only liability sebab dia anak Tun Mahathir. Orang akan
sentiasa bandingkan dia dengan si bapa. Sentiasa di bawah bayangan jua. Walhal
dia punya future.
Tapi sekarang nasib tak menyebelahi MM. Beliau carry baggage
untuk partinya. Ditolak oleh PN baru2 ini. Sanusi siap komen sinis lagi.
Saya dah pernah komen, antara Sanusi dan MM, saya team #MM. Nampak
lah juga semenggah nya…
This one is a future leader. Next Gen of national leaders:
including JG, RR dan KJ. Cuma nak jadi PM tu mencabar juga. Buaya merata2.
Mana baik kita sokong, mana salah kita bantah. Itu ciri pengundi
biasa, yang tak taksub berhala.
Salam hormat,
Liyana Marzuki
p/s- 2-3 minggu lepas terbaca, ramai pro-Pejuang angkat Sanusi
ni sebagai bakal PM. I wonder what they fell now.