Daripada menyusahkan, eloklah Muda bertanding solo








 Tindakan parti Muda ingin bertanding secara sendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini dialu alukan oleh komponen Pakatan Harapan (PH), khususnya KEADILAN.


Bagi aktivis KEADILAN, Yuslaini Azmi, sudah sampai masanya Muda berdikari dan menentukan haluan sendiri daripada menyusahkan komponen PH untuk memberi kerusi kepada parti itu, dan kemudian berkhianat meletak calon di DUN yang ditandingi KEADILAN seperti yang berlaku dalam PRN Johor pada 2022 lalu.


Berkenaan hujah Muda ingin membawa politik baharu pula, Yuslaini mempersoalkan sikap yang tidak jelas ditunjukkan oleh presiden parti itu sendiri, dan apakah kekaburan itu boleh memberi kejelasan kepada anak muda.


"Saya mempunyai persoalan buat Syed Saddiq, adakah beliau benar ingin membawa politik naratif baharu sedangkan sehingga sekarang pendirian Muda tidak jelas.


"Syed Saddiq menyatakan memberi sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas berlakunya Langkah Sheraton namun kita juga masih belum lupa audio mesyuarat terakhir pemimpin PH bagaimana beliau secara keras menginginkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu.


"Jika benar Muda ingin membawa politik baru beliau seharusnya menjadi orang yang berprinsip namun semenjak tertubuhnya parti itu sehingga kini Muda berulang kali membuat pusingan U dan terlampau gopoh dalam membuat keputusan," katanya dalam satu kenyataan.


Sehubungan itu, beliau menasihatkan Syed Saddiq sebagai untuk belajar bersabar dalam setiap tindakan kerana sehingga kini tindakan gopoh Presiden Muda itu menyebabkan parti diterajuinya semakin hilang kepercayaan rakyat.


No comments: