SYABAS UMNO, INI BARU PARTI ANAK JANTAN NAMANYA!!



Setelah tidak berpuas hati dengan sususan kabinet sebelum ini yang seolah-olah menganak-tirikan UMNO dengan memberikan kementerian yang tidak penting kepada mereka, parti itu kini mengemukakan empat tuntutan baru kepada Muhyiddin Yassin.

Dalam surat yang ditandatangani oleh Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kepada Muhyiddin, empat tuntutan itu ialah:

1. Melantik Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Bung Mokhtar Radin yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan sebagai Pengerusi Pembangunan Persekutuan Sabah.

2. Melantik Mohamad Alamin, Ahli Parlimen Kimanis sebagai timbalan menteri bagi mewakili UMNO Sabah.

3. Melantik Abdul Rahman Dahlan, Ketua UMNO Bahagian Tuaran sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) bagi mewakili UMNO Sabah.

4. Melantik Yakubah Khan, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah sebagai Pengerusi Lembaga Pelabuhan Labuan.

Menurut Zahid Hamidi, tuntutan kepada Muhyiddin itu dikemukakan selepas beliau mengadakan perbincangan dengan kepimpinan UMNO Sabah, baru-baru ini.

Dari segi logik, dengan sumbangan 39 kerusi Parlimen UMNO kepada PN yang membolehkan Muhyiddin menjadi Perdana Menteri melalui tebuk atap, tuntutan Zahid Hamidi ini adalah wajar dan tepat sekali.

Kata orang, ini barulah parti anak jantan namanya, walaupun Bung Mokhtar masih berdepan perbicaraan di mahkamah.

Namun demikian, sebagai pemegang saham terbesar dalam PN, tuntutan ini masih lagi dikira kecil saja sebenarnya.

Dalam kerajaan PN, dengan kedudukannya sebagai blok terbesar itu, UMNO sepatutnya diberikan kerusi Timbalan Perdana Menteri serta sebahagian besar kementerian-kementerian yang kanan.

Malangnya, Muhyiddin nampaknya lebih mengutamakan Azmin Ali berbanding UMNO, walaupun bekas Timbalan Presiden PKR itu pada hakikatnya tidak mempunyai parti yang sah kerana kemasukannya ke dalam Bersatu tidak pernah sama sekali dibincangkan dalam mesyuarat.
Tiada penerangan foto disediakan.
Imej mungkin mengandungi: teks
Apa pun, syabas harus diucapkan kepada UMNO atas keberanian terbaru menuntut hak yang sewajarnya untuk UMNO Sabah ini dalam semangat bermuafakat yang sepatutnya dihormati oleh Muhyiddin.

Kalau Muhyiddin gagal menunaikan permintaan ini, bermakna beliau benar-benar tidak menghormati kedudukan UMNO dan hanya menjadikan parti itu sebagas “alas kaki” yang layak dipijak sebelum melangkah masuk ke dalam rumah saja.

Tanpa perlu diajar, UMNO tentulah lebih tahu untuk melakukan tindakan seterusnya selepas ini jika permintaan ini tidak juga ditunaikan oleh Muhyiddin. (ShahbudinHusin 17/04/2020)