Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pula berkata perlantikan Ahli Parlimen sebagai Pengerusi GLC memperlihatkan kerajaan benar-benar bertanggungjawab kepada rakyat kerana mereka yang dilantik adalah dalam kalangan mereka yang dipilih oleh rakyat. “Peranan mereka adalah mewakili rakyat memantau perjalanan sesuatu GLC..." Ujarnya, seperti dipetik Berita Harian. Sebaliknya pemimpin PAKATAN HARAPAN menyelar tindakan mengagih-agihkan kedudukan Pengerusi agensi Kerajaan/GLC di kalangan Ahli Parlimen di saat rakyat sedang kelaparan sebagai lucu, malah satu jenayah. Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat perlantikan seorang dua ahli parlimen yang memiliki kelayakan luar biasa untuk memimpin GLC, boleh dipertimbangkan. "Tetapi jika kamu jadikannya sebagai peraturan, setiap ahli parlimen akan diberi jawatan tambahan, ganjaran tambahan sedangkan rakyat sedang bergelut untuk mencari makan - ini bagi saya, adalah satu jenayah, justeru kita akan menentang," katanya semasa persidangan akhbar dalam talian baru-baru ini.
GLC YANG TIADA AHLI PARLIMEN TIDAK WAKILI RAKYAT?