BODOH BUKAN JENAYAH- KAKITANGAN AWAN YANG BAHARU- MULAI 2024-2025


CHE IBRAHIM


Isu sekarang ialah kerajaan sedang menggubal satu Sistem Saraan Baru yang tidak berpencen. Jika skim ini diluluskan, penjawat awam yang dilantik atau ditawarkan kerja di bawah skim ini (mungkin mulai 2024 atau 2025) tidak akan lagi dibayar pencen selepas tamat perkhidmatan mereka 30-40 tahun akan datang @ apabila genap umur 60 tahun nanti.

Penjawat Awam yang dilantik di bawah skim lama, atau yang sedang berkhidmat di bawah skim pencen sekarang ini, atau yang sudah menerima bayaran pencen, akan terus menikmati faedah pencen. Skim tidak berpencen ini hanya bagi lantikan baru, saya ulang, hanya untuk lantikan di bawah Skim Saraan Baru nanti yang belum diluluskan lagi.

Sementara menunggu Skim Saraan Baru ini diluluskan, semua perlantikan penjawat awam, jika ada atau perlu dibuat, akan dilantik secara kontrak.

Maknanya skim baru ini tidak menjejaskan pegawai yang sedang berkhidmat atau sudah berpencen, ianya hanya untuk lantikan baru yang belum dibuat, kalau tuan/puan tak setuju, tuan/puan jangan terima jawatan tersebut, benda mudah, pasaipa jadi payah????

 

No comments: