Sehari je (semalam) aku tak tengok sangat FB sebab sibuk
driving. Sekali heboh dunia sebab isu pencen penjawat awam. Macam dah lama
sangat lak aku tak bukak FB.
Sebenarnya kebelakangan ini memang aku selalu juga fikir soal
pencen ni. Kesimpulan yang aku buat, negara kota malang kerana ada pembangkang
kayu.
Pertama sekali, kos membayar pencen ni amat besar. Kalau ikut
kata Ismail Sabri, menjelang 2030, ia boleh mencecah hingga RM47 bilion. Banyak
ke sikit tu?
Disebabkan ini, kalau kerajaan nak tambah penjawat awam yang
baharu, kerajaan bukan setakat kena fikir soal gaji tetapi juga soal pembayaran
pencen.
Kalau lebih ramai penjawat awam, maka lebih besar juga pencen
yang kerajaan perlu bayar. Dan ia bukan untuk belanjawan tahun tersebut je tapi
tahun-tahun akan datang sekali. Sebab tu kerajaan sudah nak ambil kakitangan
baru.
Pencen ni kena masuk dalam bajet. Jadi ia akan jejas
perbelanjaan yang lain termasuklah subsidi dan juga perbelanjaan pembangunan.
Sebab kerajaan tak boleh berhutang untuk bayar pencen, ikut perlembagaan.
Jadi mahu tak mahu, pembayaran pencen ini perlu dihentikan. Cuma
nak kalau hentikan pada penjawat awam yang ada sekarang, memang mengamuk la.
Cara paling sesuai dan berkesan adalah dengan buat perlantikan
baharu tanpa pencen. Aku baru je cakap hal ni dengan kawan aku tiga hari lepas.
Sebab dia persoalkan kena hospital tak pernah cukup kakitangan.
Jawapan aku, sebab kerajaan tak mampu nak bayar pencen kalau terus tambah
kakitangan.
Jadi begitu ceritanya. Kita tak dapat lari. Pembayaran pencen
perlu dihentikan. Dan di sinilah puncanya aku kata negara kita malang sebab ada
pembangkang kayu.
Kenapa aku kata begitu?
Sebab sekiranya pembangkang bijak, mereka takkan politikkan isu
ini. Sebab tak kira siapa pun yang jadi kerajaan, perkara ini memang akan
terpaksa dibuat.
Sepatutnya pembangkang tolong kerajaan jelaskan hal ini. PH dah
buat the worst part untuk hapus pencen. Jadi kalau ditakdirkan pembangkang jadi
kerajaan nanti (wana'uzubillah), kerja mereka lebih mudah. Tak payah lagi nak
hadap haruk penjawat awam.
Begitu juga soal subsidi bersasar. Memang tak dapat nak lari.
Kalau dorang jadi kerajaan pun, 200% aku kata dorang akan buat juga. Jadi kan
lebih baik menyokong dari sekarang?
Tapi itulah. Pembangkang kita tunnel vision. Mereka tak
berpandangan luas. Cuma nampak kuasa. Mereka tak fikir apa buat bila berkuasa.
Itu yang jadi begitu
Aku ada terbaca rungutan katanya penat kerja berapa tahun sekali
tak ada pencen. Setahu aku yang terjejas cuma lantikan baru je. Bukan yang
sedia ada
Siapa yang bising tu, usah risau. Kerjalah di sektor swasta.
Sama je lepas ni sebab dapat KWSP. Malah mungkin dapat gaji lebih besar lagi.
Siapa yang tak kerja kerajaan tapi bising pasal pencen ni, kita
jawab macam ni je. Kalau nak sangat penjawat awal terus dapat pencen, kita kena
terima 2 perkara.
Pertama, cukai dinaikkan. Dan kedua, subsidi dihapus terus.
Subsidi bersasar pun tak ada. Biar kita semua susah asalkan penjawat awam terus
dapat pencen. Nak?
Cuma yang aku tunggu, adakah pencen ahli parlimen dan menteri
juga akan ditiadakan? Sebab sepatutnya itu perkara pertama yang kerajaan buat.
Guane boh?