KERAJAAN ANTI-SUBSIDI DAN ANTI-ORANG MISKIN?


Saya tidak terkejut kalau lepas ini, serangan terbaru pembangkang ialah mengenai penyasaran semula subsidi. 


Malah, saya faham kalau ada kebimbangan kenapa semua ini yang ditumpukan kerajaan – kan bagus kalau bagi wang kepada semua dan gunakan duit cukai rakyat untuk tetapkan harga barang serendah mungkin?


Kita sebenarnya dah terlepas kapal. 


Semasa polemik turunkan harga RON95 antara 2007 ke 2015, situasinya berbeza.


Tanggungan subsidi negara masih rendah berbanding pendapatan keseluruhan kerajaan, jadi isunya adakah lebih baik sejumlah beberapa bilion digunakan untuk rakyat terbanyak dan bukannya untuk projek-projek mega.


Malah, antara tahun 2014 hingga 2018, ada ketikanya rakyat membayar harga RON95 yang lebih tinggi dari pengiraan harga pasaran. Maknanya, ada elemen cukai yang dikutip secara senyap-senyap. 


Keadaannya cukup berbeza sekarang.


Apabila jumlah tanggungan subsidi melangkaui RM80 bilion setahun dan kita tahu banyak ketirisan berlaku (orang kaya mendapat lebih banyak manfaat, bukan warganegara turut sama mendapat subsidi), ia perlu distrukturkan semula.


Jika tidak, perbelanjaan rakyat yang lain akan dikekang dengan keadaan fiskal sebegini.


Sebab itu, tindakan yang sedang diambil kerajaan sekarang bukannya anti-subsidi. Ia adalah penyasaran semula subsidi supaya ia sampai kepada yang benar-benar memerlukan.


Saya ulas perkara ini apabila dibakar oleh Profesor Barjoya Bardai baru-baru ini.

Saksikan video penuh Yang Bakar Menteri EP 2 di laman YouTube saya atau di Spotify: Yang Bakar Menteri. 


#YangBakarMenteri 

#ekonomimadani



No comments: