BERTEMU NAIB PRESIDEN INDONESIA DI SARAWAK










 Sebaik tiba di Kuching, Sarawak petang ini saya terus menerima kunjungan dari tetamu istimewa yakni Naib Presiden Indonesia, Bapak Prof. Dr (Hc). K. H. Ma’ruf Amin.


Ruang ini merupakan peluang untuk kami mengukuhkan tekad dan muafakat antara dua negara serumpun serta berbincang terkait pelbagai perkara yang menjadi kepentingan bersama antara soal pelaburan, perdagangan dan tenaga kerja Indonesia.


Kami juga senada untuk memastikan isu berbangkit melibatkan kedua-dua negara dapat diselesaikan sesegera mungkin.


Bapak Ma’ruf Amin turut menyentuh isu Palestin di mana beliau memaklumkan mengenai Hospital Indonesia di Gaza yang terpaksa di kosongkan akibat diserang rejim Zionis Israel.


Saya juga maklumkan telah memberi kenyataan tegas terkait isu Palestin bersama Bapak Presiden Jokowi di hadapan Presiden Joe Biden sewaktu menghadiri sidang APEC 2023 di San Francisco.


Dalam pertemuan ini Bapak Ma’ruf Amin turut memuji Kerajaan MADANI yang kini bertambah kukuh dan stabil seraya berharap Malaysia dan Indonesia dapat bergerak sederap pada masa mendatang.


Mendoakan agar hubungan kedua-dua negara terus mekar sekali gus membawa manfaat kepada rakyat keseluruhannya, Insya-Allah.


#MalaysiaMADANI




No comments: