Lor... Bila masa aku pertahankan benda lagho? Aku tak ada pun pertahankan konsert Coldplay macam walaun pertahankan konsert gelek yang dikatakan berlaku di Kelantan tu.
Aku cuma jelaskan fitnah yang dibawa. Sebab apa? Sebab fitnah itu ditujukan tak hanya pada Coldplay tapi juga kepada kerajaan dan yang terpaling teruk kena, muslimin yang hadir.
Nak kata konsert tu maksiat, aku tak bantah. Tapi tak bererti kerana ianya maksiat, maka kita boleh fitnah sesuka hati untuk kata Coldplay puja Dajjal, Kerajaan Madani gadai Islam dan pengujung yang muslim tak sayang akidah.
Sebenarnya ada sesetengah pihak yang berharap ada aksi tak senonoh masa konsert tu berlangsung. Ada acara bercium mulut sama lelaki ke contohnya, itu yang mereka nak.
Sebab mereka nak salahkan kerajaan. Supaya boleh nanti kata Islam terancam. Boleh dia dapat mileage politik. Malangnya perkara itu tak berlaku. Itu yang mereka tak puas hati.
Nasib baiklah ada lagu yang ahli kumpulan tu pakai topeng mata satu. Bolehlah dijadikan isu. Tapi tak cukup kuat. Maka nak diperkuatkan, terpaksa ubah makna lirik lagu tu.
Jelas tujuannya nak menghasut rakyat agar timbul rasa gusar sekali gus membenci kerajaan. Nampak sangat ianya bermotif politik. Maka sebab itu kena fitnah ini mesti dilawan.
Dalam setiap posting aku, tak ada pun aku katakan konsert tu halal macam walau punya dalih kata di Kelantan tu semua bukan muslim, dalam kuil dan entah apa lagi jadi is tak salah.
Walaun kena tengok diri sendiri. Sebab yang sibuk pertahankan benda lagho ni walaun. Yang halalkan konsert gelek dan berpakaian tak cukup kain tu pun walaun. Bukannya aku.
Kesian aku tengok walaun. Niat asalnya cuma nak tunjuk kerajaan pusat abaikan Islam. Sampai buat fitnah. Sekali terbongkar cerita di Kelantan ada dua yang konsert lebih jelik.
Sekarang ni walaun terdesak. Fitnah yang dibuat tu perlu dijaga supaya boleh terus burukkan kerajaan tapi dalam masa sama kena juga pertahan konsert maksiat di Kelantan.
Jadi walaun dah bersekongkol dengan dua perkara mungkar. Fitnah dan hiburan lagho. Kesian walaun. Terpaksa tempah neraka sebab nakan syurga yang lebai janji. Guane boh?
Raja Gelap II
.