COLDPLAY DAN OKU


Adrian Lim


Coldplay memperkenalkan sign language dalam setiap konsert mereka di seluruh dunia sejak Mei 2022.


Tujuannya supaya OKU, khususnya golongan pekak dan mempunyai masalah pendengaran tidak tersisih daripada muzik mereka.


Selain Chris Martin mendedikasi sebuah lagu penuh dalam sign language, di beberapa konsert terpilih, beberapa sign language interpretor juga diupah untuk buat sign language untuk semua lagu yang dinyanyikan. Lebih kurang macam kat TV Berita ada sign language interpretor kat bawah tu.


Lagu yang baru-baru ini viral dan difitnah kononnya Coldplay ajak peminat mereka sembah dajjal, sebenarnya sign language lagu “Something Just Like This”.


Lirik dalam bahasa Inggerisnya boleh didengar dalam audio.


Ada “Hercules”, ada “Spiderman”, ada “Batman”.


Saya telah terjemahkan lirik lagu berkenaan kepada bahasa Melayu.


Lagu “Something Just Like This” sebenarnya berkisar tentang seorang jejaka yang tidak confident dengan dirinya.


Jejaka tersebut berasa kerdil, emo dan tidak yakin diri kerana tidak mempunyai kebolehan luar biasa seperti Hercules, Spiderman, Batman.


Namun, gadis yang disukai jejaka tersebut meminta jejaka itu jangan bersedih. Gadis itu berkata dia bukannya mencari teman yang mempunyai superpower seperti superheroes, sebaliknya cuma mahukan teman yang bersedia menemaninya.


Lagu tersebut ada part sedih (part jejaka itu emo sebab berasa kerdil berasa tidak mempunyai superpower), tetapi di sebalik part sedih ada juga sinar harapan (part gadis itu menyatakan dia cuma nak teman yang normal teman yang sanggup menemaninya).


Mesej yang disampaikan oleh Coldplay kepada pendengar ialah dalam kesedihan, kegelapan dan keadaan hendak putus asa, cubalah berfikiran positif dan terbuka.


Takde kena mengena dengan dajjal ke iluminati ke sembah aku ke apa.


Tapi….. tetapi…. Edit video fitnah dan sebar video fitnah itu confirm dajjal.


Bab kostum Chris Martin dengan satu mata apa pula? Dajjal?


Tak. Topeng itu takde masalah.


Dalam hadis disebut dengan jelas.

Dajjal ada dua mata.

Mata kanannya cacat.

Adapun mata kirinya buta.


Takde hadis mengatakan mata dajjal sebiji kat tengah.

Kostum Chris Martin mata sebiji kat tengah. Takde langsung ciri-ciri dajjal seperti yang dijelaskan dalam hadis.


Benda ni bukan saya cakap. Benda ni saya rujuk seorang Ustaz merangkap pemimpin PAS merangkap Ketua Pengarah PASTI.


Korang baca sendiri -> https://www.facebook.com/share/p/mh4jdEMKpu9bgK6o/?mibextid=WC7FNe



No comments: