Kerajaan siap siaga hadapi monsun timur laut, banjir


 

Kerajaan pada waktu ini bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh yang dibawa monsun timur laut dan kemungkinan banjir di banyak kawasan rendah.


Hal itu ditegaskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Datuk Shamsulkahar Mohd Deli (BN-Jempol) dalam sesi tanya jawan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pagi ini.


Menurut beliau, kerajaan telah mengenal pasti lebih 5,000 kawasan hot spot banjir dan telah bersiap siaga dengan melakukan senggaraan ke atas sungai, kolam takungan banjir dan mengaktifkan bilik kawalan operasi, pusat amaran dan ramalan banjir yang beroperasi 24 jam .


Begitu juga, katanya, persediaan pam bergerak di semua lokasi, menaik taraf stesen siren amaran banjir dan stesen kamera web.


"Persiapan tindak bencana melibatkan 66,169 pegawai dan anggota pelbagai cabang agensi kerajaan. Sokongan tambahan 25,440 unit pelbagai aset termasuk ATM, PDRM, JBPM, APM, Rela dan aset darat, air dan udara.


"Langkah yang dilaksanakan segera ialah pusat pemindahan sementara mengaktifkan 8,481, ini untuk mengelakkan kelam kabut keadaan bila banjir berlaku. Persediaan dimulakan sekarang biar pun kawasan belum parah.


"Persiapan menempatkan 1.6 juta mangsa melibatkan 5,000 lebih sekolah, 2,400, 572 masjid dan 389 pusat komuniti.


"Peruntukan awal pula RM240 juta. RM100 juta telah dibelanjakan untuk senggaraan sungai seperti telah disebutkan tadi," katanya.





No comments: