Himpunan Malaysia Bersama Palestin esok



Susulan daripada kepulangan perserta Global Sumud Flotila (GSF), Himpunan Malaysia Bersama Palestin akan berlangsung esok.


Himpunan ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Axiata Arena Bukit Jalil.


Majlis akan bermula pada pukul 6 petang.


Rakyat Malaysia dijemput menyatukan hati dan suara demi kebenaran dan keadilan untuk Palestin.

Antara lain, hadirin akan berpeluang mendengar perkongsian pengalaman sukarelawan GSF daripada mulut mereka sendiri.

Acara ini juga boleh ditonton secara langsung menerusi RTM dan platform media sosial.



No comments: