
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi bersama 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla dijangka tiba di KLIA1 jam 9.50 malam 7 Oktober 2025. Foto Facebook Farhan Fauzi
KUALA LUMPUR, 7 Okt – Kesemua 23 aktivis Sumud Nusantara dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) dijangka tiba di tanah air sekitar pukul 9.50 malam ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi turut memohon doa seluruh rakyat Malaysia agar perjalanan pulang delegasi berkenaan dipermudahkan serta selamat tiba Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (KLIA1).
Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terus mendoakan kelancaran urusan kepulangan mereka selepas menyertai misi kemanusiaan di luar negara.
Semalam, Ahmad Farhan dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Islam Malaysia (MAPIM) Dato’ Dr. Ahmad Sani Araby selamat tiba di Istanbul, Turkiye sebelum segera bergegas menemui 23 sukarelawan Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan GSF.
Difahamkan ahli keluarga aktivis berkenaan akan turut berada di KLIA bagi meraikan ketibaan wira dan wirawati negara yang ditahan di Israel sebelum dikeluarkan dan dibawa ke Istanbul pada 4 Oktober lalu.
No comments:
Post a Comment