Sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (MQT) pada sidang Dewan Rakyat tidak dapat diadakan apabila Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dipanggil ke Istana Negara pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, yang kemudiannya meminta menteri berkaitan supaya mengemukakan usul berkaitan ketiadaan sesi PMQT.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said bangkit mengemukakan usul yang disokong oleh ahli Dewan Rakyat.
"Pagi ini kita ada waktu pertanyaan-pertanyaan menteri, dua soalan telah dikemukakan oleh (Ahli Parlimen) Paya Besar dan juga (Ahli Parlimen) Masjid Tanah.
"Namun, saya difahamkan perdana menteri tidak dapat hadir pada pagi ini kerana dititah Majlis Raja-Raja untuk berada di Istana Negara jam 10 pagi ini," kata Johari.
No comments:
Post a Comment