Komitmen Kerajaan MADANI Pergiat Usaha Sokong Anak Seni Tempatan – PM Anwar

 


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada 2 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 3 Mei – Usaha terus dipergiat bagi menyokong anak-anak seni tempatan agar mereka mampu menghasilkan karya yang terbaik dan bermutu tinggi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelas Perdana Menteri, komitmen Kerajaan MADANI itu antara yang dibincangkan semasa pertemuan dengan seniman Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada Jumaat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada 2 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Semalam saya terima kunjungan seniman ulung Datuk M Nasir di Putrajaya. Dalam pertemuan ini kami bicara soal industri kreatif, seni dan budaya tempatan,” katanya menerusi catatan di Facebook.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menitipkan pesanan kepada M Nasir agar dapat terus kreatif berkarya dalam industri muzik tanah air.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan Datuk M Nasir di pejabatnya di Putrajaya, pada 2 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

M Nasir atau nama sebenarnya Mohd Nasir Mohamed, 67, yang sinonim dengan karya-karya berintelektual dan berunsur ketuhanan, dianggap antara tokoh paling berpengaruh dalam perkembangan muzik dan seni kreatif Malaysia.

Selain sebagai penyanyi dan komposer, beliau turut dikenali sebagai pelakon, penulis lirik dan pengarah seni yang banyak menyumbang kepada pengukuhan identiti budaya dalam dunia hiburan tempatan.




No comments: