Pada sidang media tadi bersama Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak menyentuh beberapa isu termasuk MA63, royalti minyak, tanah adat dan isu-isu rakyat di negeri Sarawak.
Saya bangkitkan isu berkenaan SOP pilihanraya dan kempen dalam pilihanraya negeri kali ini.
Hal ini masih belum dijelaskan meski telah didesak sejak pilihanraya negeri Melaka yang baru berlangsung bulan lalu.
Saya juga ingin tegaskan bahawa kesepakatan di dalam PH akan terus utuh meski kita bertanding menggunakan logo masing-masing.
Saya turut berharap rakyat Sarawak akan memberi peluang dan keyakinan kepada calon-calon muda yang ditampilkan KEADILAN dan PH untuk bekerja demi kepentingan rakyat Sarawak.