KENYATAAN TONY PUA TIDAK WAKILI DAP – ANTHONY LOKE

 

Kenyataan yang kurang menyenangkan terhadap komponen Kerajaan Perpaduan dikeluarkan oleh mantan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Tony Pua sebagaimana dilaporkan media merupakan pendapat individu dan bukannya DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata Tony Pua tidak lagi sebahagian daripada pimpinan DAP dan beliau bercakap dalam satu majlis di Petang Jaya kelmarin tidak sama sekali mewakili kepimpinan parti.

“Ucapan tersebut yang berunsur serangan terhadap rakan gabungan utama dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnya dikeluarkan (uncalled for).

“Kepimpinan tertinggi DAP telah membuat keputusan dasar untuk bekerjasama dengan gabungan politik lain demi mencapai kestabilan politik.

“Sebarang kenyataan provokatif terhadap rakan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan adalah tidak selari dengan pendirian dan hala tuju parti pada masa kini,” kata Siew Fook dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua pemimpin dan ahli DAP untuk sentiasa menjaga keharmonian dalam hubungan antara parti dan gabungan dalam Kerajaan Perpaduan demi kestabilan politik yang amat diperlukan pada ketika negara menghadapi pelbagai cabaran luar.

“Sesiapa dalam DAP yang tidak boleh menjaga mulut mereka dalam perkara ini adalah tidak dialu-alukan sama sekali untuk berucap di pentas DAP,” katanya lagi.



No comments: