PELARASAN TARIF ELEKTRIK: 99% PENGGUNA TIDAK TERLIBAT KENAIKAN

 




Pelarasan tarif elektrik bagi Semenanjung Malaysia yang bermula pada 1 Julai hingga 31 Disember ini tidak akan menyebabkan kenaikan tarif bagi 99% pengguna elektrik domestik.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, semalam.

Manakala melalui Facebooknya hari ini, Nik Nazmi menegaskan pengguna domestik voltan rendah dan pertanian spesifik tidak akan mengalami kenaikan sebagaimana yang digembar gemburkan dalam media sosial pro pembangkang sejak sebulan lalu.

“Hanya 1% pengguna lebih 1,500 kwj iaitu bil lebih RM708 sebulan akan alami kenaikan kepada surcaj 10 sen/kwj. Itu pun kerajaan masih beri subsidi 58 juta untuk kategori ini,” katanya.

Sebaliknya, menurut Nik Nazmi kerajaan bermurah hati pula menurunkan surcaj kepada syarikat pengendali perkhidmatan air dan pembetungan daripada 20 sen/kwj kepada 3.7 sen/kwj.

Hal itu, katanya, bagi memudahkan penyedia kemudahan awam berkenaan menyerap sebarang kos kenaikan yang dialami dan tidak akan memohon untuk menaikkan caj perkhidmatan mereka terhadap rakyat.

Pengguna domestik voltan tinggi dan sederhana juga, dalam kenyataan itu, alami penurunan surcaj dari 20 sen/kwj kepada 17 sen/kwj.



No comments: