Alhamdulillah, tiba di New York, Amerika Syarikat ditemani
Azizah dan delegasi dari Kuala Lumpur sempena Perhimpunan Agung Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ke-78.
Turut bersama saya adalah Menteri Luar, Dato' Seri Diraja Dr
Zambry Kadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri
Utama Zafrul Aziz, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail,
Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa serta pimpinan lain.
Insya-Allah, saya dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa
sesi Debat Umum pada 22 September 2023 pada jam 10.00 pagi waktu tempatan
(10.00 malam waktu Malaysia).
Selain itu saya juga akan mengadakan pertemuan di sela-sela sesi
Perhimpunan Agung PBB dengan ketua-ketua negara antaranya Türkiye, Iran, Iraq,
Sri Lanka, dan Thailand.
Saya turut dijadual bertemu komuniti perniagaan di Amerika
Syarikat serta rakyat Malaysia yang menetap di negara ini sekali gus berpeluang
berkongsi dasar dan aspirasi negara bersama mereka.
Doakan semoga segala urusan saya dan delegasi Malaysia
dipermudahkan.