Menerima kunjungan hormat Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKmR) yang diketuai Pengerusinya, Dato' Indera Mohd Shahar Abdullah dan mendengar pembentangan Laporan Tahunan mereka buat kali pertama.
Laporan ini merangkumi penelitian serta pemeriksaan anggota JKmR terhadap Laporan Tahunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi tahun 2021 hingga 2024.
Ia membolehkan JKmR mengenal pasti trend dan perkembangan semasa terkait usaha pencegahan rasuah dan cabaran yang dihadapi SPRM.
Saya akan mengemukakan Laporan Tahunan ini kepada Mesyuarat Jemaah Menteri, di samping membincangkannya secara mendalam bersama pengurusan SPRM.
Komitmen Kerajaan MADANI terhadap ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik tidak pernah berganjak. Setiap syor dan dapatan dalam laporan ini akan diteliti dengan serius agar reformasi institusi terus diperkukuh, ketirisan dibendung, dan keyakinan rakyat diperteguh.
Insya-Allah, kita akan memastikan usaha membina negara yang bebas rasuah dan berintegriti tinggi terus menjadi keutamaan tertinggi.
#MalaysiaMADANI
#MADANIbekerja
#RancakkanMADANI



No comments:
Post a Comment